Belajar Sambil Kerja Cuci Pinggan, Tukang Cuci dan Kutip Buah di Australia
Bukan semua pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke luar negara mempunyai kewangan yang kukuh, ada diantara mereka yang berasal dari keluarga yang susah. Jadi pelbagai usaha telah di lakukan untuk menampung perbelanjaan hidup di negara orang seperti yang di kongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
Kisah ini tentang pelajar saya yang berlajar di Tasminia University, Australia. Kami bawa kekampus orang muda ini agar beri inspirasi pada semua orang muda yang lain.
Keazamannya untuk belajar sangat luar biasa, duit bukan alasan untuk keluar negara.
Beliau keluar negara dengan duit poket hanya 1000AUD sahaja. Itu pun sumbangan saudara yang datang ucap ‘tahniah‘ kerana berjaya sambung pengajian ke Australia.
Dia berusaha mencari penaja biasiswa. Penaja hanya mampu menaja yuran sahaja tanpa duit poket langsung . Surat tajaan disembunyikan dari ayahnya kerena takut mereka tak benarkan belajar kerana duit poket tiada.
Hari pertama jejak kaki di Australia, beliau beli keperluan hidup seperti kasut dan tiket penerbangan menjadikan duitnya berbaki 600AUD sahaja!
Hari pertama juga, beliau bekerja sebagai tukang angkat barang dipelabuhan kapal dari New Zealand dengan bayaran 300AUD sehari dengan 16 jam kerja sehari!
Beliau tidak kenal sesiapa sewaktu sampai di Australia, hanya ada kenalan di fb sahaja.
Beliau mohon ihsan dan menumpang dirumah kenalan ini yang tinggal berempat. Atas ihsan saudara seagama, dia dibenarkan menumpang selama setahun tetapi hanya tidur di sofa sahaja!
Dirumah ini semua perbelanjaan di kongsi, dan senarai hutangnya paling tinggi. Setiap kali musim cuti dia akan kerja mencari wang membayar semua hutang kawan dalam rumah ini.
Selain itu beliau juga jadi tukang cuci pinggan yang ‘berjaya’ disebuah mamak stall selama pengajian 3 tahun disana. Atas pencapaian dah ‘kesetiaannya’ bekerja sebagai tukang cuci lama dikedai mamak itu. Beliau dinaikkan pangkat menjadi tukang ceduk nasi kepada pelanggan dengan jayanya!
Bagi tampung kehidupannya tanpa biasiswa ini, dia juga ada satu lagi kerja sebagai pencuci pasaraya waktu awal pagi. Sebelum suboh jam 6 pagi, jam 4 pagi dia telah mulakan kerja cuci dipasaraya disana hingga jam 7 pagi. Jam 9 dia harus ada di fakulti untuk jadi pelajar kembali.
Waktu cuti, dia akan kerja sebagai pemetik buah dikebun buah yang ada disana. Kerjanya tak best langsung letih, panas dan sukar sebenarnya. Tidak seperti yang digambarkan oleh netizen yang cerita petik buah di Aussie itu istimewa.
Apakah kekuatan Hafis Isnon ini?
“Saya masih bawak dua helai surat yang mak saya beri waktu masuk UiTM tahun 2010 dulu bang, waktu salam mak saya bagi sampul. Saya happy ingat duit rupanya surat mak”
Katanya lagi,
“Panjang nasihat mak dalam surat itu, saya simpan dan bawak ke Australia sebagai kekuatan bila saya tiada duit disana”
Hari ini dia kembali ke Malaysia (2015) dengan ada sebuah syarikat cuci cuci di Australia yang diusahakan dengan rakannya dengan jumlah wang yang luar biasa. Dia juga terpilih sebagai belia yang akan menyertai pelayaran Kapal Belia Asia selama 52 hari tajaan Jepun.
Beliau juga telah ada firma rekabentuk HW Studio Design yang diusahakan dengan rakannya kini.
Beliau yakin kepada falsafah ini yang diberikan oleh guru kriketnya :
” Bila kita berada pada kedudukan terbaik dan pergilah ketempat baru”.
Kisah ini dikongsikan bersama pelajar saya sempena ID Week2017.
Catatan tambahan:
Pagi ini dimaklumkan sumbangan honororium yang kita berikan kepadanya semalam, dia telah kembalikan untuk disumbangkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
Saya pernah poskan buku saya Mudahnya Beli Rumah kesana waktu dia belajar dulu.
Azizul Azli Ahmad
Ketua Koordinator
Jabatan Senibina Dalaman
FSPU, UiTM Perak
#InspirasiHidup
#KisahHidupBelajar
#KongsikanKisahKecilSetiapHari