Tangan Kidal
Definisi Tangan Kidal
Tangan kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya ketika berada di dalam kandungan ibu lagi, kita dapat tahu bahawa bayi ini kidal ataupun tidak.
Walaupun dianggap ia hanyalah satu kebetulan, tetapi ia kerap berlaku berulang kali. Bayi yang dimana mengarahkan kepalanya ke kiri cenderung menjadi kidal dan begitulah sebaliknya. Orang yang tangan kidal ini mempunyai banyak kelebihan. Individu yang tangan ini mempunyai banyak fakta yang menarik.
Fakta Menarik
- Menurut statistik sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita
- Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. Ini kerana 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia dilaporkan kidal
- Kebanyakan individu kidal mempunyai deria pendengaran yang baik dan kerana itulah mereka mempunyai kelebihan dalam bidang muzik
- Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal
- 40% daripada pemenang pingat emas acara tinju adalah tangan kidal
- Orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
- Sebahagian besar kucing betina adalah right-handed manakala kucing jantan kebanyakannya kidal
- Orang kidal dapat merespon rangsangan dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidalĀ hebat dalam bermain game
- Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal
- Sejumlah 4 dari 5 orang yang merekabentuk komputer Macterdiri daripada orang kidal
- Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
- Orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kida
- Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan
Tag: left-handed tangan kidal