27 Laman Web Malaysia di Godam Gara-gara Isu Bendera Terbalik

Sumber Rujukan : worldofbuzz

Kebelakangan ini, negara Malaysia telah menerima pelbagai komen-komen negatif dan juga kecaman gara-gara isu bendera jiran kita Indonesia yang di cetak terbalik di dalam buku panduan rasmi Sukan Asia Tenggara yang berlansung di Kuala Lumpur.

Bendera yang di cetak terbalik itu menyerupai bendera Poland di mana jalur putih di atas dan jalur merah di bawah.

Isu bendera sesebuah negara bukanlah isu yang boleh di pandang ringan, ianya melibatkan maruah sesebuah negara. Jadi tidak hairanlah, perkara ini mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia dan menjadikan hashtag #ShameOnYouMalaysia trending di Twitter.

 

Lebih memburukkan keadaan, satu kumpulan penggodam di Indonesia telah melancarkan serangan keatas beberapa laman web yang berpengkalan di Malaysia yang juga berpunca dari isu ini.

Menurut laporan BBC News, sekurang-kurangnya 27 laman web yang kebanyakannya adalah laman web perniagaan peribadi telah di godam, yang menyebabkan laman utama website tersebut menunjukkan gambar yang tersalah cetak dan juga ayat “Bendera Negaraku Bukanlah Mainan!” yang mengikut warna bendera Indonesia.

Sejak isu ini berlaku, kedua-dua menteri belia dan sukan Indonesia dan Malaysia telah bertemu dan satu permohonan maaf secara rasmi telah di hantar.

Di harapkan isu ini tidak berlarutan dan menjejaskan hubungan baik antara kedua buah negara. Di harapkan temasya Sukan SEA ini dapat berlansung dengan jayanya tanpa sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan imej negara. Majulah sukan untuk negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat