Awas! Bahaya Mood Disorders Dalam Kehidupan Seharian Kita


Mood Disorders (gangguan mood) disifatkan sebagai perubahan mood yang serius yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti kehidupan. Walaupun banyak jenis-jenis gangguan ini yang dikenalpasti, tiga keadaan utama gangguan mood yang wujud adalah depression (tekanan), manic (mania), dan bipolar.

Sekiranya anda mengalami gangguan mood, keadaan emosi atau mood umum anda bercampur aduk atau tidak stabil. Dengan keadaan anda sebegini ia akan mengganggu keupayaan anda untuk berfungsi secara normal. Anda mungkin sangat sedih, kosong atau mudah marah (depressed), atau anda mungkin mempunyai tempoh depresi berselang-seli dengan terlalu gembira (manic).

Gangguan kemurungan utama juga disifatkan sebagai mood keseluruhan yang sangat tertekan. Mood yang tinggi dicirikan sebagai mania atau hypomania.  Tekanan perasaan (depressed) dan mania (manic) yang bergantian akan mengakibatkan seseorang individu itu mengalami Bipolar Mood.

Sebagai tambahan kepada jenis-jenis mood ini, gangguan ini juga berbeza-beza dalam keamatan dan keterukan. Sebagai contoh, gangguan dysthymic adalah satu bentuk kemurungan utama yang lebih rendah dan gangguan cyclothymic dikenali sebagai bentuk bipolar yang serupa tetapi kurang teruk.

Apakah Jenis-Jenis Mood Disorders

1. Major Depressive Orders (Gangguan Kemurungan Utama)

Gangguan kemurungan utama ini terjadi daripada kemurungan atau kesedihan melampau yang dialami oleh seseorang individu. Perasaan ini berlarutan dalam tempoh masa yang sangat panjang dan secara berterusan.

2. Bipolar Disorders (Gangguan Bipolar)

Gangguan emosi ini juga dikenali sebagai manic depression (kemurungan mania) atau bipolar affective disorders (gangguan afektif bipolar). Kemurungan yang dialami silih berganti tanpa mengira masa  antara kemurungan dan mania akan menyebabkan gangguan ini terjadi.

3. Cyclothymic Disorders (Gangguan Cyclothymic)

Gangguan ini menyebabkan emosi seseorang yang mengalami masalah ini sentiasa berubah-ubah. Emosi mereka akan meningkat dan menurun tanpa terkawal. Gangguan ini tidak terlalu terlampau daripada ganguan bipolar.

4. Disruptive Mood Dysregulation Disorder

Gangguan ini merupakan salah satu gangguan kronik, sangat teruk dan secara berterusan. Kanak-kanak yang sering mengalami masalah kemurungan yang tidak sesuai dengan usia mereka ini akan mengakibatkan mereka mengalami kesengsaraan yang teruk.

5. Depression Induced By Substance Use Or Medication (Gangguan Daripada Penggunaan Bahan Atau Ubat-Ubatan)

Gejala kemurungan ini akan terjadi apabila seseorang individu itu dalam keadaan mengambil bahan-bahan yang membahayakan kesihatan atau selepas penggunaan bahan-bahan tersebut. Mereka juga akan mengalami kemurungan akibat kesan daripada ubat-ubatan yang di ambil secara berterusan atau berlebihan.

Bagaimana Cara Mencegah?

Jika anda seorang yang mengambil berat tentang kesihatan anda dan was-was adakah anda mengalami Mood Disorders, buatlah satu temujanji dengan doktor atau pakar kesihatan mental secepat mungkin. Sekiranya anda tidak ingin berjumpa doktor atau pakar kesihatan, carilah seseorang yang dipercayai untuk kita bercakap seperti pasangan kita, ibu bapa kita dan juga orang-orang alim.

Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan mental sekiranya anda mengalami:

  • Merasakan perasaan anda mengganggu atau tidak stabil dalam kerja anda, perhubungan, aktiviti kemasyarakatan atau kehidupan seharian anda.
  • Mengalami masalah dengan mengambil minuman keras atau penyalahgunaan dadah.
  • Mempunyai tingkah laku atau berfikir untuk membunuh diri (dapatkan rawatan pakar segera).

Mood Disorders pada kebiasaannya akan dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan dan juga rawatan psikoterapi. Dengan rawatan oleh pakar kesihatan, kemungkinan gangguan mood ini tidak akan terus menerus menyerang sepanjang hayat dan tidak juga akan semudah itu untuk hilang dari pesakitnya.

Pendidikan mengenai Mood Disorders dapat membantu kita mengenali pesakit yang menderita dari keadaan ini mengenali corak tingkah laku dan daya pemikiran mereka. Dengan adanya pengetahuan ini, mereka juga dapat mengesan sekiranya pesakit yang sebelum ini sudah pulih kini kembali mengalami gangguan mood ini.

Mood Disorders tidak akan hilang dengan sendirinya dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. Dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar atau doktor yang bertauliah sebelum terlambat. Lebih mudah untuk dirawat sekiranya pada peringkat awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat