Tahukah Anda Bahawa Kerap Berlaku Pendarahan Dan Hidung Tersumbat Adalah Salah Satu Simptom Penyakit Kanser? – Daily Rakyat

Tahukah Anda Bahawa Kerap Berlaku Pendarahan Dan Hidung Tersumbat Adalah Salah Satu Simptom Penyakit Kanser?


Hidung merupakan satu anggota badan yang penting pada diri kita. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menghidu dan sistem penafasan badan. Jadi kita perlu menitikberatkan tentang kesihatan yang melibatkan sistem penafasan dan jangan meremehkan jika berlaku sesuatu. Jika tidak ia akan menjadi sesuatu yang parah dan membimbangkan.

Jadi kita boleh lihat kata-kata dari pakar, iaitu Dr Ezairy untuk keterangan yang lebih lanjut.

Seorang pesakit muda masuk ke bilik konsultasi saya. Lelaki berbangsa Cina ini nampak risau.

“Doktor, saya risau masalah pada hidung saya.”

Dari mula saya perhati beliau nampak bimbang dengan masalah yang sedang dialami.

Simptomnya hanya sukar untuk bernafas, terasa sempit pada rongga hidung, itu sahaja. Pendengaran beliau normal, tiada masalah pada tekak dan tiada juga pendarahan dari hidung.

“Saya dah masukkan skop dan kamera dalam hidung. Hasil pemeriksaan, saya berpuas hati. Ia hanya masalah resdung biasa. Tak perlu risau,” ujar saya.

“Saya bimbang, doktor. Sekarang orang sihat pun boleh dapat macam-macam penyakit. Saya risau ini ada kaitan kanser atau apa-apa masalah lain.”

Bagus pemuda ini. Beliau terus dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Risau jika ada apa-apa penyakit di luar pengetahuan beliau.

Anda tahu bagaimana kanser hidung berlaku? Apa tanda-tanda awal?

Nasopharyngeal cancer (NPC) merupakan sejenis kanser yang berlaku di bahagian belakang hidung, atas tekak dan boleh mengganggu juga pendengaran pesakit.

Rakyat negara kita juga berisiko untuk alami kanser ini.

Lihat ciri-ciri seperti di bawah:

1. Pembengkakan atau biji pada kawasan leher.

2. Hidung tersumbat atau berlaku pendarahan pada sebelah bahagian hidung sahaja.

3. Masalah pendengaran pada sebelah bahagian sahaja.

4. Di negara kita, tinggi kekerapan berlaku di kalangan masyarakat cina dan bidayuh.

5. Lebih tinggi risiko jika mempunyai sejarah keluarga kanser hidung.

Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, jangan teragak-agak untuk lakukan pemeriksaan doktor. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Lihat pada gambar bagaimana struktur kanser yang terletak di bahagian belakang hidung boleh mengakibatkan masalah pada telinga dan juga hidung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat