[Video] Pekerja Dihukum Minum Air Tandas
Jika anda fikir tempat kerja anda mempunyai peraturan yang pelik, mungkin anda akan bersyukur kerana anda tidak bekerja di China.
Menurut Shanghaiist, satu video pekerja dipaksa untuk minum air dari tandas telah tular di media sosial di China. Dikatakan mereka dihukum kerana tidak mencapai prestasi kerja yang telah ditetapkan. Sejauh mana anda sanggup untuk kekalkan kerja anda?
Dalam satu video yang tersebar itu, terdapat seorang pekerja lelaki yang dilihat mencedok air dari dalam tandas cangkung dan berfikir dua kali sebelum meletakkan cawan itu di mulutnya. Selain lelaki itu, seorang pekerja wanita juga dikenakan hukuman yang sama dan agak perit untuk dia menelan air dari sumber yang kotor itu.
Menurut laporan berita daripada Beijing News, pekerja yang bekerja di sebuah studio fotografi di bandar Guangyuan, China itu dihukum kerana prestasi kerja yang tidak mencapai kehendak syarikat. Selepas kejadian itu, pekerja perempuan itu melaporkan yang dia cirit-birit dan juga tidak boleh makan kerana berasa mual dan akan muntah jika makan. Orang yang merakam kejadian ini telah ditangkap oleh polis dan direman selama 4 hari untuk tujuan siasatan.
Video yang pada mulanya telah di muatnaik di group WeChat pekerja telah tersebar dan menjadi tular di media sosial lain. Bagaimanapun, seorang pengurus di syarikat berkenaan menafikan yang video tersebut dirakam di syarikat berkenaan dan berkata yang video tersebut di muatnaik di group pekerja untuk memberi motivasi kepada staf untuk bekerja dengan lebih keras.
Video ini bukanlah contoh yang baik untuk menunjukkan bagaimana pekerja patut di layan. Diharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus dan memastikan perkerja syarikat tersebut tidak dipaksa melakukan perkara yang pelik.
Video- worldofbuzz