Ketahui 6 Punca Diet Tak Menjadi!!
“Hari ni dah masuk sebulan aku on diet dengan exercise. Mesti dah berpuluh kilo turun ni. Gerenti!!”
Tapi bila naik atas alat penimbang..
“Sekilo dua je turun??!!”
“Sia-sia je lah habiskan masa dengan jogging, zumba, kawal makan itu ini, tapi resultnya tak memberansangkan. Kenapa degil sangat lemak-lemak ni?”
“Dah tak ada semangat dah nak kurus lepas ni”
Pernah alami situasi macam dialog di atas ni? Sabar ye. Jangan cepat sangat putus asa. Apa yang anda buat semua tu seperti joging, zumba semua tu betul dah. Tak ada yang salah pon. Bagus sangat dah anda buat exercise, jadi badan akan bertambah sihat. Cuma apa yang menjadi kesalahan disini adalah anda meletakkan target yang tidak relevan dalam sesuatu tempoh berdiet tu. Sebagai contoh, anda nak turun 20kg dalam tempoh sebulan. Bukan Sis Wani kata tak boleh nak letak target melebih-lebih. Boleh, tapi tak semua orang bernasib baik untuk dapat capai target tersebut.
Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan berat badan susah nak turun. Nak tahu tak? Meh Sis Wani bongkarkan satu persatu rahsia kenapa berat badan susah nak turun. Antara faktor utamanya adalah:
1. Stress
Kenapa stress-stress ni? Tahukan stress ni tak sihat untuk kesihatan. Muka pun jadi cepat tua kalau asyik stress je. Dan kalau anda nak tahu stress ni pun salah satu penyebab kenapa berat badan anda tak turun-turun malah makin bertambah! Ha lagi stress!!
Bila anda stress badan akan menghasilkan hormon kortisol yang akan membuatkan hormon lapar anda keluar dengan banyaknya. Biasa kan kita dengar
“Aku kalau stress memang rasa nak makan je!”
Sekarang anda dah tahu kan apa kaitan stress dengan lapar? Sebab tu lah jangan stress. Waktu excercise tu jangan stress. Jangan terlalu memikirkan “Berapa banyak la lemak yang aku dah bakar ni? Boleh hilang 10 kilo tak?”
Jangan macam tu ye pembaca sekalian. Excercise ni sepatutnya menjadi aktiviti untuk kita release stress, tetapi bertambah stress pula sebab terlalu memikirkan hasil yang akan diperoleh selepas exercise.
2. Diet Yang Ketat
Diet yang ketat ni samalah juga dengan stress tadi tu. Nak tahu apa kaitannya? Kaitannya bila kita terlampau mengawal pemakanan dengan cara yang ketat kita akan berasa stress! Kesudahannya makan lagi banyak daripada yang sepatutnya. Kandungan gula dalam darah pun jadi tak menentu. Mulalah nak craving macam-macam. Satu perkara lagi, bila anda terlalu mengamalkan diet yang ketat kebiasaannya diet anda tu tak bertahan lama. Sis Wani menulis berdasarkan pengalaman. Kemudian bila waktu cheat day, habis semua makanan kita nak makan. Sia-sia je diet kita selama ni. Jadi, Sis Wani nasihat jangan lah diet terlalu ketat sampai tak makan, tetapi makan lah dengan portion yang betul bagi menghasilkan diet yang seimbang.
3. Diet Tak Seimbang
Kalau anda seorang yang jenis mengikuti trend semasa, pasti anda mengetahui tentang trend-trend diet yang ada sekarang. Tak salah pun sekiranya anda ingin mengikuti trend-trend tersebut. Tetapi harus diingatkan jangan sampai terlalu extreme sampai anda tak makan langsung sesetengah makanan. Hasilnya badan anda kekurangan nutrisi yang diperlukan.
Apabila anda mengamalkan diet yang drastik berat badan anda mungkin akan turun dengan cepat, tetapi jumlah berat yang hilang tu adalah daripada berat air dan otot anda. Selepas satu tempoh masa berat badan anda akan kekal walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan anda akan berasa lebih kecewa dan berhenti separuh jalan kemudian kembali semula kepada tabiat pemakanan yang asal. Hasilnya berat badan semakin meningkat dengan mendadak.
Anda seharusnya tahu yang badan kita ni akan berfungsi dengan lebih baik kalau mendapat nutrient dan mineral yang mencukupi. Ikut sahaja lah piramid makanan tu dah memadai.
4. Terlebih Reward Diri
Reward diri ni lebih kurang macam cheat day la. Cheat dah ni adalah fasa merehatkan diri yang anda lakukan di dalam program diet anda. Which is ianya adalah satu hari yang anda boleh lepaskan diri dari peraturan diet yang anda lakukan. Reward ni pula apabila anda memberikan sesuatu pada diri anda apabila anda telah mencapai sesuatu target. Dalam kes kita sesuatu yang dicapai itu adalah apabila kita dah berjaya menurunkan berat badan.
Macam biasa setiap perkara tu sebenarnya tak salah pun. Yang menjadi salah apabila kita melebih-lebih dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh minggu ni anda dah berjaya kurangkan 2-3 kilogram, kemudian anda reward diri anda dengan makan fast food, junk food dan sebagainya. Akhirnya pengambilan kalori melebihi dari apa yang sepatutnya anda ambil. Tak ke anda rasa diet anda tu dah jadi sia-sia.
Sebab tu penting sangat anda jaga makan bila dah mula bersenam. Kalau boleh anda catit anggaran kalori yang anda ambil setiap hari dan berapa banyak yang telah anda bakar sehari.
5. Tak Cukup Tidur
Masalah tak cukup tidur ni dah macam jadi perkara biasa pada masa kini. Lagi-lagi dengan kewujudan telefon pintar. Semakin meningkat lah masalah sukar tidur ataupun insomnia ni. Tahukah anda apabila anda tak cukup tidur kadar metabolisma dalam badan anda menurun dan menyebabkan berat badan anda naik.
Badan kita bila tak cukup tidur akan meningkatkan hormon ‘Ghrelin’ yang meningkatkan selera makan, dan mengurangkan hormon ‘Leptin’ yang membantu kita untuk rasa kenyang. Para penyelidik telah membuktikan jika anda kurang tidur ianya tidak dapat membantu untuk membakar lebih kalori!
Anda tahu tak bila anda kurang tidur, cara pemikiran otak anda akan berubah. Anda akan lebih suka untuk mengunyah snek dan makanan ringan terutama pada waktu malam ketika anda berjaga. Kalau kita ni seorang yang susah untuk menahan diri untuk tidak makan, secara tidak langsung kita akan mengambil lebih banyak kalori. Satu kajian telah dilakukan dimana orang yang tidur kurang daripada 80 minit akan mengambil lebih 549 kalori setiap hari. Kalau didarabkan dengan 7 hari sudah berapa? Kita akan dapati bahawa kita ambil terlebih kalori daripada kuantiti yang sepatutnya.
Jadi tidur lah secukupnya. Jangan selalu sangat jadi burung hantu.
6. Kurang Minum Air
Kuantiti air di dalam badan anda mempengaruhi berat badan anda. Anda tahu tak jika anda minum air ia boleh membantu untuk mengawal selera makan anda. Ramai yang keliru tentang perkara ini. Itu sebenarnya salah ye pembaca sekalian. Pastikan anda minum air secukupnya. Air sejuk pula boleh mempercepatkan kadar metabolism dan kurangkan keinginan kita untuk minum minuman bergas atau bergula. Air juga penting untuk fungsi buah ginjal dan sistem pencernaan. Bila air tak cukup dalam badan, hati kita akan menyimpan lemak dan bukan membakar lemak. Jadi, minumlah air kosong secukupnya
Dah ketahui punca yang menghalang badan anda menjadi kurus? Lepas ni elakkanlah perkara yang menyebabkan berat anda tidak turun. Barulah diet tu tak sia-sia. Diet dan senaman dengan betul barulah boleh dapatkan berat yang diidamkan. Badan pun jadi sihat!!