“Danupat adalah lelaki yang baik”,- Netizen Berang Ibu Tangmo Nida Terima Duit Dan Maafkan Pemilik Bot


Perihal kes kematian selebriti Thailand Tangmo Nida terus jadi bualan hangat di kalangan netizen. Yang terbaru, ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin telah pun memaafkan pemilik bot, Danupat serta pemandu bot Phaiboon.

Kedua-dua individu tersebut difahamkan telah berjanji kepada ibu mangsa untuk berikan 30 juta baht (RM 3.83 juta)  bagi pembiayaan majlis pengebumian anaknya.

Panida memaklumkan Danupat telah hubunginya dan menawarkan sejumlah wang tersebut.

“Danupat adalah lelaki yang baik. Dia sentiasa hubungi saya dan menangis setiap hari, dan saya akan terima pampasan atas kematian anak saya.

Dia minta saya kira pendapatan Tangmo Nida dan tawarkan jumlah wang yang berpatutan sepadan dengan bayaran lakonannya,” ulas ibu Tangmo.

Kenyataan dari mak Tangmo ini tular di media sosial  selepas sebuah rancangan temubual di Thailand disiarkan.

ibu tangmo nida memaafkan pemilik serta pemandu bot

Walaupun dia sudah memaafkan dua individu tersebut, ibu Tangmo Nida masih tidak berpuas hati dengan pengurus peribadi serta kawan wanita Tangmo yang ada pada malam kejadian.

Untuk pengetahuan anda, sistem perundangan Thailand biasanya menghormati keputusan mangsa untuk berdamai atas kerelaan sendiri.

Ini menyebabkan ramai netizen Thailand marah dan tidak puas hati dengan keputusan ibu Tangmo yang dianggap mata duitan dan mengambil kesempatan di atas kematian anaknya.

“Memang sangat tak logik. Siapa yang sanggup bayar 30 juta Baht jika mereka tidak berbuat salah ?”, soal seorang netizen Thailand.

“Anak dia dah meninggal berhari-hari tapi masih belum ada peguam yang ditugaskan untuk tuntut bela nasib anaknya. Tapi kalau bab duit ada masa pula nak fikir?”, soal seorang pengguna Twitter di Thailand.

Jika mengikut logik, tak mungkin seorang ibu boleh senang-senang memaafkan orang yang paling disyaki telah menyebabkan kematian anaknya, kan ?

Beberapa hari lepas, ibu Tangmo sendiri yang mengatakan semua yang berada atas bot pada malam itu sangat mencurigakan. Kenapa ibunya begitu mudah berubah hati ? Pasti ada sesuatu yang tak kena.

Abang Tangmo Nida Turut Kecewa

Selepas temubual tersebut disiarkan, abang Tangmo, Dayos Dechjob juga dipercayai turut terkilan dengan keputusan ibunya yang tidak masuk akal.

abang tangmo nida tulis kecewa di facebook

Netizen Thailand pasti status abangnya di Facebook yang menulis “Kecewa” dengan emoji patah hati adalah disebabkan oleh kenyataan ibunya dalam temubual tersebut.

Dayos juga sempat mengucapkan terima kasih kepada warganet di atas sokongan yang diberikan pada dia dan Tangmo.

abang tangmo nida ucap terima kasih pada semua

Dikhabarkan polis baru selesai lakukan siasatan ke atas seorang lagi rakan Tangmo Nida, Surattanavee “Bo” Pattaranukool selama enam jam.

Polis juga sudah berjanji akan memaklumkan perkembangan terbaru sekitar minggu ini. Namun, setakat Jumaat tengah hari, masih belum ada sebarang perkembangan diterima dari pihak berkuasa.

Nama Tangmo yang trending di Twitter dan TikTok sudah cukup jelas membuktikan bahawa rata-rata ramai netizen yang inginkan siasatan diteruskan agar nasib Tangmo terbela.

Mayat Tangmo ditemui 38 jam selepas terjatuh ke dalam sungai Chao Phraya ketika menaiki bot.

Kes kematian Tangmo menjadi tular apabila terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab dan kebanyakan saksi pada malam kejadian dilihat sangat mencurigakan.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat