Tan Sri Syed Mokhtar Buat Mutawwif Haji Malu ! Sungguh Luarbiasa Pemikiran dan Peribadi Hartawan Ini.


Siapa tak kenal dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ? Terkenal sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia, beliau terlibat  dalam pelbagai bidang seperti perladangan, pengangkutan, pelabuhan, pendidikan dan sebagainya.

Kekayaan yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah biasa-biasa, malah mencecah tahap billion ringgit ! Satu pencapaian yang sangat jarang dimiliki oleh orang Melayu sendiri.

Sesiapa yang pernah mengenali beliau pasti tidak menyangka Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai peribadi yang cukup berbeza seperti orang kaya lain.

Biasanya kita menganggap orang kaya sebagai orang yang digeruni, sombong dan cerewet. Kalau dia nakkan A, kita mesti berikan dia A macam mana sekalipun. Ternyata kekayaan yang dimiliki tidak membutakan Tan Sri Syed Mokhtar, malah menjadi pendorong kepadanya untuk lebih tawadhuk.

Namun lain ceritanya tentang Tan Sri Syed Mokhtar. Seorang pendakwah serta pengiring jemaah haji cukup terkejut apabila rakan pengiringnya menceritakan peribadi sebenar hartawan ini ketika berada di kota suci Mekah. “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yang betul-betul tawadhuk macam dia”, kongsi Ustaz Hj Taufik dalam hantarannya di Facebook.

Tan Sri Syed Mokhtar Tak Suka Layanan Istimewa

Walaupun berpangkat jutawan, penampilan Tan Sri Syed Mokhtar tak ubah seperti orang kebanyakan. Tanpa seorang pun pengiring, beliau berjalan ke masjid seperti orang lain. Beliau hanya mengenakan jubah biasa dengan selipar jepun tanpa jenama.

Waktu beliau banyak dihabiskan di masjid. Balik rehat di bilik sekejap-sekejap sahaja. Beliau juga selalu minta ustaz yang mengiringi untuk berada bersamanya di masjid untuk menyemak bacaan al-Qurannya.

Makan pun roti sahaja buat alas perut. Tiada pun makanan mewah dari restoran lima bintang. Tan Sri bukanlah orang kaya yang suka dilayan dengan gaya VIP. Bila hendak minum air zam-zam, beliau sendiri akan bangun dan ambil sendiri.

Ada sekali, ustaz pernah mengisi air zam-zam di dalam gelas untuk Tan Sri minum. Namun, beliau tolak sambil berkata dia hanya mahu minum dari cawan plastik seperti orang lain.

Sedekah Tan Sri Syed Mokhtar Bukan Sikit-Sikit !

Setiap kali mengerjakan haji dan umrah, sedekah yang diberikan Tan Sri Syed Mokhtar sangat luar biasa. Pemberian sedekah bernilai 60,000 riyal (RM 67,000) adalah perkara biasa bagi hartawan ini. Beliau sering meminta ustaz atau ustazah agihkannya sebaik mungkin. Gembira bukan kepalang orang-orang miskin dan gelandangan di sekitar masjid apabila menerima sedekah sebanyak 100 ke 200 riyal(RM 150 ke RM 250) seorang. Subhanallah !

Berkongsi lanjut, Ustaz Taufiq sangat menyanjungi peribadi Tan Sri Syed Mokhtar yang tidak membazir wang untuk kepentingan peribadi. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai harga bagi pakej Haji dan Umrah.

Pakej VIP Haji menawarkan pelbagai pilihan harga mengikut cita rasa jemaah. Harganya bermula RM 70,000 hingga RM 170,000. Biasanya artis serta ahli perniagaan yang kaya-raya akan mengambil pakej yang paling mahal namun Tan Sri Syed Mohktar memilih pakej VIP yang paling murah.

“Nanti Masa Kat Padang Mahsyar, Ustaz Tak Boleh Tolong Saya..”

Walaupun sudah membeli pakej VIP yang berharga puluhan ribu, beliau tetap memilih untuk beribadah seperti orang kebanyakan. Ketika berwukuf di Padang Arafah, Tan Sri didapati duduk di tengah panas sambil berdoa dan membaca al-Quran sehingga merisaukan ustaz yang mengiringi.

Ketika VIP lain selesa makan, minum serta beribadah di dalam khemah, Tan Sri tetap berada di bawah sinaran matahari dengan suhu 40 hingga 45 darjah Celcius ! Ustaz yang mengiringi akui risau jika Tan Sri akan jatuh pengsan akibat bahang yang luar biasa.

mutawwif cukup terkesan dengan peribadi tan sri syed mokhtar ketika sedang berwukuf

Gambar sekadar hiasan. Kredit : Detik.com

Disebabkan berlama di tengah panas, ustaz pun bawakan payung dan payungkan Tan Sri ketika beliau sedang berdoa. Menyedari kehadiran ustaz, Tan Sri terus menolak pertolongannya. Kemudian, Tan Sri menjawab dengan kenyataan yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Ustaz, nanti masa kat padang mahsyar ustaz tak boleh tolong saya. Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya, ustaz dengan amalan ustaz”. Ustaz akui tertampar dan cukup malu mendengarkan ayat-ayat yang dilemparkan oleh hartawan ini.

Hakikatnya, memang benar apa yang dikatakan oleh Tan Sri. Tanpa disedari, kita hidup di atas muka bumi ini sering fokus untuk memuaskan hati manusia. Kita ingin orang sanjungi kita, hormati kita.

Kadang kala, kita juga sanggup melakukan perkara yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang lain. Ada juga yang sanggup menggadai maruah dan nama baik sendiri untuk kepentingan sendiri !

Lihat sahajalah realiti zaman sekarang, orang sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan perhatian. Sedangkan di akhirat nanti, Cuma batang tubuh ini serta amalan yang akan dibawa menghadap Allah SWT.

Tiada siapa pun yang akan tolong kita. Ibu, suami, kawan rapat, followers di media sosial semuanya tidak akan membantu. Hanya kita dan amalan kita. Allahuakbar !

Percayalah Dengan Keberkatan Rezeki !

Dalam berniaga, Tan Sri Syed Mokhtar sangat percaya kepada keberkatan rezeki. “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain . Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yang memerlukan insyaAllah pertolongan Allah pasti ada”, jelas Tan Sri Syed Mokhtar.

Kalau anda nak tahu, beliau pernah rugi RM 2 billion ketika tempoh kegawatan ekonomi hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Mampukah kita untuk menjadi seperti dia? Nak pinjamkan adik beradik RM 200 pun sudah berkira. Nak hulurkan duit ke ibu dan ayah pun rasa susah.

Bila di tempat kerja pula, kita sangat berkira untuk kerjakan tugas. Namun, Tan Sri sanggup bantu orang yang dia sendiri tidak kenali dengan jumlah yang besar.

tan sri syed mokhtar adalah tokoh orang melayu yang patut dicontohi

Berbalik kepada perihal keberkatan rezeki, janganlah kita terlalu kecewa apabila rugi. Untung rugi adalah asam garam dunia perniagaan. Percayalah bahawa Allah akan gantikan rezeki kita dengan perkara lain.

Jangan pernah berkira dengan harta yang kita ada sampai kita takut untuk bersedekah. Sesungguhnya sedekah akan menambah keberkatan pada rezeki kita. Apabila rezeki itu berkat, insyaAllah harta kita takkan pernah habis.

Dibesarkan dari keluarga sederhana serta tidak mendapat pendidikan tinggi, beliau berjaya muncul sebagai hartawan yang cukup disegani di Malaysia. Tan Sri Syed Mokhtar adalah tokoh yang perlu kita contohi bukan sahaja atas kejayaannya, malah kerana peribadinya yang sangat luar biasa.

Susah untuk jumpa orang kaya seperti beliau, ibarat satu dalam sejuta. Tan Sri Syed Mokhtar adalah antara orang kaya yang bukan semata-mata mengejar harta dunia untuk kepentingan diri, malah memanfaatkan wang yang ada untuk manusia lain.

Semoga kita dapat contohi peribadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar yang mengejar kekayaan dunia sambil tidak melupakan akhirat yang kekal abadi. Jom kita sama-sama ikuti jejak langkah beliau dalam mengejar keberkatan Allah semasa kita berada di dunia insyaAllah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat