Diego Maradona : Putin Hebat, Trump Cuma Karakter Kartun

Sumber Rujukan : SUARA

MOSCOW – Lagenda bola sepak Argentina, Diego Armando Maradona menyifatkan Presiden Russia, Vladimir Putin adalah fenomena yang boleh membawa keamanan kepada ramai orang di seluruh pelusuk dunia. Maradona  juga memberitahu bahawa dia melihat pemimpin Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai watak kartun di mana tidak perlu dilayan secara serius. Katanya kepada wartawan di Moscow.

Maradona merupakan pro-sosialis dalam politik yang menilai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hanyalah watak di dalam buku komik. Dia juga mengakui membenci Trump.

Namun sebaliknya, seperti yang dilaporkan oleh Russia Today, Sabtu (01 Julai 2017), Maradona memberikan pujian terhadap sejumlah pemimpin sosialis Amerika Latin dan Korea Utara dan membandingkannya dengan Trump.

Maradona juga memuji Presiden Russia, Vladimir Putin, sebagai seorang tokoh yang berpengaruh dan mampu membawa kepada keamanan dunia.

“Setelah Hugo Chavez (mendiang Presiden Venezuela) dan Fidel Casto (pemimpin Kuba) tiada, Putin bersama Ariel Ortega dan Evo Morales (Presiden Bolivia) menjadi pemimpin dunia yang baik,” kata Maradona di Moscow, pada  hari Jumaat (30 Jun 2017).

Maradona memberitahu, Putin adalah ikon yang mampu membawa kepada keamanan dunia sehingga tergolong sebagai seorang pemimpin yang telah mencetuskan fenomena.

“Trump? Dia hanyalah kartun. Dalam soal politik, dia tidak ubah seperti karakter kartun di mata saya. Setiap kali dia muncul di televisyen, saya akan tukar saluran,” katanya.

Menurut Maradona, AS kini bukan lagi tergolong dalam satu-satunya kuasa besar mahupun pusat kepada arena politik serta ekonomi antarabangsa.

“AS tidak lagi menjadi polis dunia. Russia, Tiongkok, Korea Utara jangan dilupakan. Kita akan dapatkan senjata untuk bersaing dengan AS,” katanya lagi.

Maradona juga memberitahu bahawa dia bukanlah penyokong perang. Sebaliknya, dia membenci setiap parti yang berperang.

“Cuba anda lihat Trump, di matanya, kita semua adalah musuhnya,” tegasnya.

Kini Trump dilihat sebagai dibenci oleh ramai pihak di seluruh dunia ekoran daripada sikapnya yang sukar diramal dan melakukan tindakan di luar jangkaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat