Siapakah Yang Menghantarmu Ke Kubur ?


Bila kematian ibu atau bapa,anak-anaklah yg menjadi perhatian.Masa tu nak tunjuk sedih,nak tunjuk kasih.Mandi atas riba,menanggung keranda dan hantar hingga ke tempat solat.Apa yg sedihnya yg kerap saya lihat ialah anak lelaki yg remaja dan dewasa yg memikul keranda ibu atau bapa tadi,turun dari masjid setelah menghantar keranda dan pergi tunggu di liang bersedia dg cangkul ditangan nak menguburkan ibu atau bapanya,sedangkan orang lain sedang mensolatkan ibubapanya.Bila ditanya kenapa tak solat jenazah,alasan pun dibagi,seluar kotor,tak biasa,apa pun jawapan paling betul ialah tak tau solat jenazah kerana tak belajar atau tak biasa laksanakan.

Nabi bersabda bila mati anak adam putuslah amalnya kecuali sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh yg mendoakan baginya.Dalam situasi ibu atau bapa mati,orang yg paling baik utk berada dalam saf solat jenazah ialah anak-anak lelakinya,bukan tok guru,tok imam,tok aji.Jika mereka dlm saf berbahagialah ibubapanya,jika mereka dikubur memegang cangkul utk kambus mak bapa,ini anak yg benar-benar celaka,tentu ibubapanya yg telah jadi jenazah kecewa.

hb

Pada saya ,masalah ini kena diatasi oleh ibu bapa sendiri sebagai bekalan.Pastikan anak lelaki boleh solat jenazah dan dibawa utk solat jenazah bila menziarah atau bila jiran tetanggga,rakan sekampung meninggal.Disekolah menengah telah ada dlm kurikulum solat jenazah,Cuma nak praktik saja.Saya pernah buat di masjid dulu,kuliah solat jenazah sebelum jumaat sebagai kuliah paksa(10 minit shj,hari jumaat semua lelaki ada dimasjid)utk pastikan semua anak qariah boleh solat jenazah,dan dg itu bila mati anak qariah tak payah jemput orang luar utk solat,tak payah jemput geng solat jenazah yg kena dibayar.Kesannya cukup baik.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Semasa jadi pengetua dulu,saya juga bekerjasama dg masjid terdekat,jika ada mayat yg disolatkan jam 10 pagi(waktu rehat)saya atau guru tertentu akan ditugaskan membawa sekumpulan pelajar lelaki utk solat jenazah,sebagai latihan praktikal dan pendidikan rohani utk menyediakan pelajar supaya membiasakan hidup beragama dlm masyarakat.Sambutan masyarakat cukup baik melihat pelajar sekolah datang solat jenazah,bahkan ada bapa yg berjumpa saya menitiskan air mata bila melihat seorang dari anaknya berdiri dlm saf solat jenazah hari itu.Katanya,”Cikgu,kalau saya mati esok,saya tentu bersyukur melihat anak saya berada dlm saf mereka yg bersolat ke atas mayat saya.” Ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti koko,dlm istilah sekolah.Pengetua jgn jadi jumud dg fahaman pendidkan hanya dlm pagar sekolah,pendidkan adalah menyediakan pelajar utk mereka menyertai masyarakat. Libatkanlah mereka dlm berbagai kegiatan masyarakat, marhaban,berzanji,gotong royong,tahlil,majlis baca yasin,majlis korban,kerja kebajikan dll.

Pernah dengar cerita seorang anak raja yg rukuk dlm solat jenazah bapanya?Pernah terjadi tidak dlm rombongan berziarah,bila dikata kita tunggu bersolat jenazah,ada kawan yg melisah,dan menghilang dlm tandas bila solat dimulakan.Ada orang tak pernah solat jenazah hinggalah nak pergi haji baru mengaji solat jenazah,itupun kerana pemberi kursus kata di Mekah kita kena solat jenazah setiap waktu solat.Amat mudah solat jenazah,berdiri saja,tiada rukuk,tiada sujud.Baca yg rukun saja jika tak hafal doa yang panjang.

qw

Jangan pandang mudah perkara ini,solat jenazah adalah salah satu usaha terakhir sebelum kita mengadap Allah,moga kita diampunkan.Jika doa seorang dari mereka yg solat keatas jenazah kita menyebut”Allah hummafirlahu, warhamhu “ya Allah ampunilah dia,diterima Allah,berbahagialah mayat itu.Dan tiada doa yg lebih mustajab ketika itu melainkan dari seorang anak,diikuti mereka yg ikhlas.Jika nak bertolak ke Mekah pun kita berharap anak cucu menghantar hingga ke saat bertolak,apakah anda tidak mahu anak anak mengiringi jenazah sendiri ketika kita nak berpisah dari alam dunia ke alam barzakh dg iringan doa sebelum mengadap malaikat dg soalan kubur, atau anda hanya mengharap orang lain?Tanyalah setiap anak lelaki kita,apakah mereka boleh bersolat jenazah, membiasakan diri bersolat jenazah.Jangan lupa,sindir suami juga yg ziarah jenazah hanya setakat dirumah,tidak sampai ke tempat solat jenazah.Pada tiap diri yg membaca status ini,tanyalah diri ………Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat