Jangan Ambil Mudah! Ini Kesalahan Pemilihan Pakaian Temu Duga Yang Perlu Anda Elakkan
Aspek pemakaian ketika menghadiri temu duga adalah sangat penting, tidak kira sama ada temu duga pekerjaan sektor kerajaan mahupun swasta.
Belajar bagaikan nak rak di universiti, ada Degree dan Diploma tapi gagal dalam temuduga, agak sedih bila didengari.
Banyak aspek yang di ambil kira oleh ahli panel selain daripada kelayakan akedemik anda. Cara etika pemakaian yang betul perlu dititikberatkan.
Selain itu, bahasa badan dan kemampuan komunikasi calon juga turut diambil kira dalam setiap sesi temu duga.
Kesalahan pemilihan pakaian juga boleh jadi salah satu faktor kenapa anda tidak dapat diterima bekerja. Tuan Muhammad Al Fatihee telah menyenaraikan kesalahan yang perlu anda mengambil kira sebelum pisang berbuah dua kali.
Bagi melihat sendiri etika pemakaian calon temuduga, Muhammad telah hadir ke sebuah pusat temu duga di Kota Bharu.
Beliau akui agak sedih melihat penampilan calon temu duga tidak kiralah lelaki atau perempuan. “Jika beginilah etika pemakaian calon, 90% kemungkinan akan ditolak.
Itu belum termasuk aspek lain seperti keboleh komunikasi dan body language”, jelasnya secara jujur
Kesalahan Etika Pemakaian Untuk Calon Temu duga
Berkongsi lanjut, Akram telah senaraikan beberapa kesalahan yang dikenalpasti sepanjang pemerhatiannya.
Antara kesalahan pemakaian calon lelaki adalah seperti berikut :
- Tidak memakai tali leher. Sesetengah calon juga memakai tali leher bercorak yang tidak sesuai seperti corak bunga-bunga.
- Penggunaan kasut yang tidak sesuai seperti kasut sukan.
- Rambut tidak digayakan dengan kemas.
- Tidak memakai stokin.
- Baju kemeja dipakai tidak formal, macam nak pergi dating dengan teman wanita !
- Ttidak memakai tali pinggang
- Pemakaian jam tangan yang tidak sesuai
Calon perempuan pula dilihat sering melakukan kesalahan pemakaian seperti berikut :
- Penggunaan kaca mata yang terlalu kasual.
- Gaya tudung yang keterlaluan dan tidak sopan.
- Pemilihan baju yang tidak sesuai. Macam nak pergi kenduri !
- Corak baju dan tudung yang terlalu menyerlah.
- Pemakaian kasut dengan tumit yang terlalu tinggi.
- Mekap yang keterlaluan.
Selain itu, pemilihan warna pakaian juga perlu dititikberatkan.
Untuk calon lelaki, anda disarankan untuk memilih warna baju yang sesuai seperti putih, biru muda dan merah jambu muda.
Kalau nak pakai blazer, pilihlah yang berwarna gelap dan sepadan dengan warna seluar slack.
Calon wanita pula disarankan untuk memilih pakaian dengan rekaan yang ringkas dan warna pastel.
pastikan pakaian yang dipilih tidak terlalu ketat atau terlalu longgar, ya !
Menurut Akram, etika berpakaian professional adalah sangat penting untuk memberikan first impression yang baik kepada penemu duga.
Pastikan Anda Tunjukkan First Impression Yang Baik !
Di samping memberikan impression yang baik, pemakaian yang kemas dan profesional juga menggambarkan personaliti serta pembawaan diri calon.
Muhammad juga hairan melihat penampilan calon yang tidak berpenampilan profesional padahal mereka berkelulusan ijazah Sarjana Muda !
Namun beliau akui tidak semua calon gagal menepati etika pemakaian temu duga. Ada juga beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian dan berjaya memberikan first impression yang baik ketika ditemu duga.
Bagi sesiapa yang akan atau perlu menghadiri temuduga, pastikan anda periksa terlebih dahulu kekemasan diri anda dan mempunyai persediaan yang cukup sempurna untuk menghadiri temuduga tersebut.
Temu duga bukanlah platform untuk anda dinilai berdasarkan penampilan semata-mata. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengenalpasti kualiti serta kelayakan calon untuk mengisi kekosongan jawatan yang dipohon.
Oleh itu, selain menepati etika pemakaian, calon juga perlu lakukan persediaan yang mantap supaya penemu duga lebih yakin untuk memilih anda bekerja.
Anda perlulah kaji latar belakang syarikat serta buat sedikit latihan untuk pastikan percakapan anda jelas dan yakin. Anda juga boleh semak beberapa tips temu duga sebagai persiapan.
Akhir kata, semoga anda berjaya dalam temu duga yang anda bakal hadapi !
Dalam persaingan sengit untuk dapatkan pekerjaan, pakaian boleh jadi penentu. Ramai calon yang hebat-hebat hadir. Oleh itu, setiap aspek dinilai.