Rusia Isytihar Perang Terhadap Ukraine, Bandar-Bandar Utama dan Pangkalan Tentera Sudah Dibom


Vladimir Putin, Presiden Rusia isytihar perang terhadap Ukraine pada lewat pagi tadi, meskipun sudah ditegah oleh ramai pemimpin negara kerana dikhuatiri boleh mencetus perang besar di Eropah.

Hanya selepas beberapa minit Putin muncul di kaca TV, Ukraine dilaporkan telah dibom secara besar-besaran di sekitar bandar-bandar utama termasuk Mariupol, Dnipro serta ibu negaranya, Kyiv.

Letupan bom turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar utama kira-kira 35 kilometer dari selatan sempadan Rusia serta Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.

Interfax Ukraine turut melaporkan serangan roket terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu. Kumpulan tentera Rusia juga dilihat sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mauripol di selatan.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba turut mengesahkan tragedi ini melalui ciapan di Twitter. Dalam kesempatan itu, beliau meminta bantuan dunia bagi menghentikannya.

rusia isytihar perang terhadap ukraine dengan melancarkan roket serta bom

Kredit Foto : Business Today

Rusia Isytihar Perang Terhadap Ukraine, Tak Izin Kuasa Luar Masuk Campur

Menurut Putin, operasi ketenteraan ini dijalankan bagi melindungi orang awam. Beliau tidak berhasrat untuk menjajah Ukraine pada waktu ini namun sempat memberikan amaran kepada negara lain untuk tidak masuk campur.

“Pihak yang masuk campur dalam urusan ini akan menanggung akibat yang dahsyat,” kata Putin.

Isnin lalu, Putin turut menyampaikan ucapan yang mendasarkan penafian kenegaraan Ukraine.

Pengisytiharan Putin untuk lancarkan perang ini diumumkan selepas presiden Ukraine menolak dakwaan Moscow bahawa negaranya mengancam Rusia.

 

presiden rusia isytihar perang terhadap ukraine

Serangan Rusia terhadap Ukraine ini juga telah mendapat perhatian presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. “Pilihan Putin untuk isytiharkan perang bakal mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan.

Doa dari seluruh warga dunia akan iringi rakyat Ukraine ketika ini yang sedang berdepan dengan serangan tentera Rusia.

Rusia akan bertanggungjawab ke atas kematian dan kemusnahan dari serangan ini. Justeru Amerika Syarikat termasuk pihak sekutu akan berikan tindak balas sewajarnya. Rusia perlu bertanggungjawab kepada dunia atas tindakan yang dilakukan”.

tindakan rusia isytihar perang terhadap ukraine juga telah menarik perhatian joe biden

Berikutan pengisytiharan perang ini, Ukraine juga bertindak menutup ruang udaranya kepada pesawat awam.

“Ini adalah perang menentang kekerasan, Ukraine akan pertahahankan diri dan akan menang. Dunia boleh dan mesti hentikan Putin. Sudah tiba masanya untuk bertindak” ulas Kuleba mengenai peperangan mendadak ini.

Ketegangan antara Rusia dan Ukraine sudah berlarutan selama berbulan-bulan dan mula meruncing pada minggu ini.

Menurut laporan APNews, konflik antara Rusia dan Ukraine ini boleh memberi kesan kepada bekalan tenaga di Eropah, mampu menjejaskan pasaran kewangan global, dan mengancam keseimbangan pasca Perang Dingin di benua tersebut. Stok pasaran Asia merudum dan harga minyak dilaporkan mencanak naik selepas perang diisytiharkan.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat