Tak Disangka, Dengan Banyak Menangis Pun Dapat 5 Manfaat Hebat Ini


Seperti mana yang kita tahu, tangisan merupakan perkara yang paling ingin dielakkan daripada kehidupan manusia. Menangis kebanyakkannya membawa simbolik kesedihan dan kelukaan yang hadir dalam hidup seseorang itu. Namun, tanpa kita duga menangis juga mempunyai manfaat yang tersendiri. Selepas ini, tangisan boleh dijadikan satu punca kegembiraa dan satu faktor kesihatan dalam diri setiap manusia.

menangis

Berikut merupakan manfaat dalam menangis:

1.Membantu Penglihatan

Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang boleh membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2.Membunuh bakteria

Di dalam air mata terkandung cecair lysosome yang dapat membunuh sekitar 90 – 95 peratus bakteria. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi properti anti-mikrobaa yang dapat melindungi tubuh.

3.Meningkatkan Mood

Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasikan sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. Setelah puas menangis, manusia akan mengeluarkan satu hormon yang sebenarnya melegakan perasaan. Kita pasti akan berasa lebih baik daripada sebelumnya.

4.Mengeluarkan Racun 

Fungsinya sama seperti ketika manusia berpeluh, menangis juga melakukan proses pembuangan racun dari tubuh menerusi detoksifikasi. Segala zat yang tidak berguna akan disalur keluar menerusi tangisan. Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun.

5.Mengurangkan Stress 

Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Air mata juga membantu menurunkan hormon tekanan jiwa yang dikenali sebagai kartisol. Bukan itu sahaja, ketika manusia menangis, tekanan darah juga akan menurun.

Lepas ini, kalau nak menangis banyak banyak teruskan sahaja. Ada kebaikan yang banyak dengan menangis. Bukan benda sedih sahaja perlu ditangisi. Sesuatu yang menggembira pun boleh jadi satu punca untuk kita menitiskan air mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat