Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) Menyusahkan Rakyat – Najib
Bekas Perdana Menteri Malasysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan PH seakan-akan menyusahkan rakyat dengan meminta golongan yang kurang berkemampuan itu untuk menyediakan pelbagai dokumen sebelum memberi bantuan dalam Skim Bantuan Sara Hidup.
Melalui laman facebook rasmi peribadi beliau, Datuk Seri Najib beranggapan terlalu banyak proses dan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan ini.
“Seminggu dua ni saya baca tweet. Ramai yang busy update info BR1M ataupun BSH. Cucu-cucu dan anak-nak bantu. Macam-macam proses dan dokumen diperlukan kini”.
“Semakin menyusahkan orang kerajaan PH ini. Seolah-olah tidak ikhlas untuk beri, tidak menggalakkan orang mohon. Kerajaan PH perlu faham mengapa BR1M diberikan”.
Tambahnya lagi,”Ia membantu meringankan beban rakyat. Kehidupan mereka kini semakin terhimpit.”
Datuk Seri Najib juga mengingatkan kerajaan PH bahawasanya pemberian tunai kepada rakyat dapat meningkatkan penggunaan domestik dan merangsangkan ekonomi.
“Ini kefahaman dan pengetahuan asas tetapi kerajaan PH tidak faham atau buat-buat tidak faham”,katanya.