Ingin Menguasai Bahasa Inggeris? Cubalah tips ini!


Bahasa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikuasai. Penguasaan bahasa selalunya akan memakan masa yang lama. Ia memerlukan kerajinan dan ketekunan untuk mempelajarinya. Sentiasa fokus dan jangan cepat mengalah, insyaallah anda akan berjaya menguasainya.

 

Tips 1 : Learn the basic grammar rules

Bahasa Melayu ada tatabahasa, dan Bahasa Inggeris pula ada grammar. Jika penggunaan grammar betul maka betullah penggunaan Bahasa Inggeris yang digunakan.

Ketahuilah hukum penggunaan verb-to-be seperti am, is dan juga are. Inilah yang dinamakan basic grammar, jika sudah khatam barulah boleh diteruskan ke hukum-hukum yang lain, yang lebih advance.

Untuk lebih memahami penggunaan verb-to-be ini, cubalah bina ayat yang senang dan mudah untuk difahami seperti :

  • She is girl.
  • He is Mark.
  • I am Nancy.

 

Tips 2 : Learn from scratch

Bermula dari awal, dengan perkataan yang mudah untuk dibaca dan difahami. Belajarlah seperti seorang kanak-kanak yang baru hendak belajar mengeja dan menulis.

Cuba dengan mengenali benda-benda yang berada di sekeliling kita dahulu, sperti manusia, binatang, buah-buahan dan juga warna ataupun bentuk. Selain itu, cuba untuk gunakan perkataan-perkataan tersebut untuk kegunaan harian kita.

Selalunya kita akan sebut arnab jika kita ternampak arnab, tukarkan ‘arnab’ kepada ‘rabbit’, inilah yang dinamakan proses pembelajaran.

Contoh perkataan : father, bird, house, red, yellow.

 

Tips 3 : Kamus

Kamus sangatlah penting jika kita hendak mempelajari atau menguasai sesebuah bahasa. Jika terdapat kekeliruan makna, bukalah kamus untuk mengetahui makna yang sebenarnya.

Tiada istilah berat untuk bawa kamus bersama anda kerana sekarang terdapat aplikasi kamus digital. Muat turunlah aplikasi ini di telefon pintar anda. Senang bukan?

Berbaiklah dengan kamus, kelak anda akan berjaya.

 

Tips 4 : Muzik dan Filem

Belajar melalui muzik dan filem. Apa yang dimaksudkan ialah belajar bahasa iaitu cara sebutan perkataan yang dituturkan. Belajar sambil menonton filem dan mendengar lagu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Antara sitkom yang disyorkan ialah sitkom dari Amerika Syarikat iaitu The Office, Friends dan How I Meet Your Mother.

Cuba adaptasikan perkataan yang anda pelajari itu untuk kegunaan harian anda.

 

Tips 5 : Komunikasi

Buang rasa malu anda untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Ungkapkan ucapan yang mudah seperti “Good Morning!”, “Hello!”, atau “How are you?”.

Praktikkan dalam kehidupan seharian anda, lama-kelamaan anda akan memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 

Ini sahaja yang dapat kami kongsikan dalamposting kami kali ini. Diharap ianya dapat membantu anda untuk menguasai bahasa Inggeris. Tips ini juga berguna untuk bahasa-bahasa yang lain, bukan sahaja bahasa Inggeris. Berusahalah sebab practices make perfect.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat