Sistem Pendidikan Negara Mestilah Berasaskan Nilai-Dr Maszlee – Daily Rakyat

Sistem Pendidikan Negara Mestilah Berasaskan Nilai-Dr Maszlee


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mahu sistem pendidikan negara mestilah berasaskan nilai bermula daripada pendidikan peringkat bawah umur sehinggalah ke peringkat universiti.

Dr Maszlee

Beliau berpendapat tiga istilah iaitu “kasih sayang“,”kegembiraan‘ dan “saling menghormati” amat penting untuk diterapkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Bagi beliau, ketiga-tiga istilah inilah yang akan menjadi jawapan jika ada yang bertanya kemana hala tuju sistem pendidikan negara Malaysia.

“Guru misalnya, saya mahu mereka cintakan dunia mendidik mereka, gembira mendidik anak bangsa sehinggalah mereka boleh melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang unggul,” katanya menerusi entri facebook rasmi beliau semalam.

“Di dalam Amanat Tahun 2019 yang saya sampaikan 14 Januari yang lalu, saya ketengahkan lagi di antara hala tuju pendidikan negara kita ialah pendidikan berasaskan nilai (values-driven education).”

“Saya mahu semua pihak menilai ‘nilai’ sebagai teras dan perubahan sistem pendidikan kita mesti berpusatkan nilai. Saya juga bertemu ramai guru dan bertanya kepada mereka. Saya risau sekiranya penetapan hala tuju sebegini membebankan walaupun niat saya sebaliknya.

Tambahnya lagi, “Ramai yang mencadangkan supaya saya mengumpul cerita tentang kreatifnya guru-guru dalam melaksanakan hala tuju ini melalui pendekatan mereka didalam kelas. Hal ini akan membolehkan saya mendapat perkembangan real dan praktikal di samping saya juga boleh mengumpulkan cerita-cerita yang menginspirasikan untuk disebarkan.

Dalam pada itu, Dr Maszlee menyeru para guru, murid, ibubapa ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita tentang usaha mereka dalam menerapkan nilai kepada pelajar ataupun anak dengan meletakkan tandar pagar(hashtag) #pendidikanberteraskannilai .

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat