Langkah Ubah Struktur Urus Ekonomi Tepat : Najib

Sumber Rujukan : Irwan Shahfrizan Ismail 23 Feb 2017

Image result for najib dan shukor

(Sumber: Kosmo.com.my)

Langkah berani kerajaan melakukan perubahan struktur dalam mengurus ekonomi adalah keputusan tepat bagi menambah hasil negara dan meletakkan ekonomi pada landasan kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk melaksanakan sistem percukaian baharu, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi.

Namun, katanya, kejayaan itu tidak datang dengan mudah kerana kerajaan terpaksa membuat beberapa keputusan agar sukar dan mencabar, tetapi amat perlu bagi berdepan cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Kalau kita tiada asas ekonomi kukuh dan tidak elak ketirisan, kita tidak boleh mencapai kadar pertumbuhan agak tinggi atau sederhana tinggi yang diharapkan.

“Kalau tidak berani buat perubahan struktur bagi membetulkan kelemahan atau kepincangan tertentu, tidak mungkin kita dapat meletakkan ekonomi atas landasan yang kukuh, malah dalam aspek kesejahteraan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan.

2 negara ikut langkah Malaysia

“Apabila buat GST, kita dapat hasil sampai RM41 bilion tahun lalu. Itu langkah yang amat berani dan dua negara akan ikut langkah kita,” katanya berucap pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Tahun 2015 dan 2016 Perbendaharaan Malaysia, di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, India akan mula melaksanakan GST pada April tahun depan dengan kadar cukai tertinggi sebanyak 23 peratus, selain Arab Saudi yang akan melaksanakan sistem percukaian berkenaan buat kali pertama kali.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan berani membuat perubahan kerana mempunyai perancangan untuk negara yang turut didorong oleh kesungguhan politik.

“Bukan mudah nak laksanakan GST. Ramai orang berkata, nasihat saya jangan buat GST, kalau buat pasti kalah pilihan raya, tapi di Sarawak (pilihan raya negeri) tahun lalu, meskipun ditiup isu GST, kita menang dengan cemerlang.

kalau tidak berani buat perubahan struktur bagi membetulkan kelemahan atau kepincangan tertentu, tidak mungkin kita dapat meletakkan ekonomi atas landasan yang kukuh, malah dalam aspek kesejahteraan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan.

Najib Razak,
Perdana Menteri

“Apabila buat GST, hasil negara bertambah. Walaupun harga minyak merudum, kita boleh meneruskan segala usaha, program bantuan untuk kesejahteraan rakyat. Begitu juga rasionalisasi subsidi, daripada subsidi pukal, kta buat subsidi bersasar.

“Ini pun sudah menunjukkan hasil yang bergitu baik. Tidak dilupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada yang kritik, tapi sebenarnya rakyat suka BR1M. Saya sudah uji perkara ini dan berani katakan, rata-rata rakyat suka dan sokong BR1M,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah itu, seramai 52 pegawai kanan dan kakitangan Perbendaharaan diraikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat