Single Is Simple : Aku Tak Setuju Dengan Pendapat Isteri Kena Susah Senang Bersama Suami!


Ini kisah kenapa aku tak setuju dengan pendapat isteri kena susah senang bersama suami. Pendapat aku, susah senang bersama suami kena tengok juga suami kau ada effort tak untuk kau dan family? Kalau tak ada. Jangan jadi bodoh. Ini adalah bebenang.

Aku kahwin muda, umur 22 tahun. Masa tu aku rasa aku dah cukup matang dah untuk kahwin padahal masa tu aku masih belajar di Univ tahun 3.

 Masa aku dgn confident bagitau my mom aku nak kahwin time belajar & future husband aku pun masih belajar.Tak taulah apa yg buat mak aku setuju,mgkin sbb kesungguhan aku agaknya,cuma satu ayat my mom ckp,”Boleh kahwin,tapi dh tak boleh minta duit pd parent,kena tanggung sendiri”
Kitorang masa zaman belajar tu dgn duit MLM tu lah,kitorg kahwin.My ex husband siap boleh bg hantaran RM6000 & masih boleh buat majlis dua dua pihak.Paling grand majlis belah lelaki lah buat kat Dewan Sri Melati, Putrajaya,tp aku rasa ayah dia sponsor sbb ayah dia Ketua Pengarah.
Setahun aku kahwin, memang best, setahun memang rasa macam honeymoon sebab masa tu duit MLM kitorang masih ada, sempatlah pergi honeymoon di Pulau Redang. Sampailah MLM tu jatuh, and duit kitorang dah makin susut. My ex husband tu pula, sebab dah terpengaruh dengan dakyah MLM dia berhenti belajar and tak tamatkan Diploma Engineering dia. Paling worst dia masih percaya dengan MLM dan jadi gila dengan MLM.

Aku yang masa tu masih belajar, struggle ya amat untuk belajar tanpa ada duit. Akhirnya aku pilih untuk jual ice blended di pasar malam. 6 hari seminggu. Pasar malam ni petang, so aku boleh jual tanpa ganggu kelas. Tak banyak dapat, sebulan dapat RM1000 je.

Tapi cukuplah untuk aku makan. Kitorang pun dah pindah dari rumah apartment ke rumah ala ala setinggan sebab duit dah tak ada. Kerja pasar malam tu, my ex husband tu ikut sekali, kira kitorg buat sama sama.

Sampailah aku pregnant. Aku start muntah muntah waktu petang. Selalu orang kena morning sickness, aku jenis petang baru mabuk mabuk. So, aku tak mampu nak pergi pasar malam.

Aku expect dia akan teruskan kerja pasar malam. Tapi dia kata dia malu kerja sorang sorang. Dia nak aku ada juga padahal dia tau aku tak mampu. End up, berniaga pasar malam tu tamat macam tu je. Duit?

Cara Simpan Duit

Duit masa nilah sgt crucial.Aku X dpt PTPTN,biasiswa pun X ada.Duit MLM kitorang dah X ada.Nak kerja?Aku belajar lagi.Pasar malam?Ex husband aku X nak kerja dah.Parent?Aku teringat ayat mak aku,”Dah tak boleh minta duit parent”.And aku nak tutup aib laki,so aku X bagitau sesiapa.

So, macam mana aku nak survive? Semua simpanan aku dari kecil, segala duit Bank Islam and Tabung Haji aku keluarkan. Tabung Haji tu paling sedih sebab nama aku ‘q’ untuk pergi haji, tp Ex aku convince aku nanti dia akan bawa aku pergi haji dengan pakej paling mahal.

Bila habis semua duit tabung haji aku, kitorang survive guna barang kemas aku. Lepas satu satu aku gadaikan. Gelang and cincin aku, total ada dalam RM12k. Kenapa aku gadaikan, sebab laki aku kata dia akan ganti! Akan ganti ok. Haha, gelakkan diri sendiri.

Aku langsung X sedar yg aku je yg berkorban sekarang,duit simpanan aku,brg kemas aku. Bila semua tu dh habis, aku start pinjam dgn best friends. And aku ni mmg bertuahlah sebab ramai best friend yang X akan tanya kenapa ko nak pinjam.Diorang bagi je & aku start pinjam duit kawan.

Aku ada pesan kat ex aku, yang aku dah nak bersalin, dia kena cari juga duit untuk bayar bil hospital. Aku dahlah bersalin kat Putajaya je pun. Bukan hospital swasta. Aku ingat lagi, masa aku lepas bersalin, masa dekat wad aku tanya dia, duit dah ada belum? Dia cakap tak ada.

And aku dengan prinsip isteri kena susah sama suami ni lah, aku bagi dia gelang terakhir yang aku simpan untuk dia gadaikan bayar bil hospital.

Bila anak aku lahir, aku fully breastfeed, so jimat tak payah beli susu. Aku beli breastpump guna duit orang datang lawat baby and hulur duit.

Lepas baby lahir dalam sebulan lepas tu aku dapat tawaran DPLI. Diploma untuk jadi guru, dapat elaun RM1100.

Elaun nilah aku guna bayar sewa rumah, byr nursery anak, byr minyak kereta dia, and makan. Menu makan kitorang selalunya memang nasi putih dengan telur goreng. Kalau dah tak lalu sangat aku tukar sardine. Masa tu sardine murah, sekarang je sardine mahal.

Baju ke tudung ke aku tak pernah beli, skincare, lipstick ke apa pun aku tak beli. Muka aku memang dah tak serupa orang umur 25 tahun masa tu.

Bila mak aku perasan, aku dah tak pakai gelang dan cincin padahal aku mmg selalu pakai dari masa aku lepas SPM tak pernah tanggalkan, aku jawab, aku simpan gelang tu semua. Tipu, ye aku tipu sebab aku fikir aku boleh selamatkan rumah tangga aku, aku taknak aibkan laki aku

Bila bulan puasa, kitorg setiap hari berbuka di masjid sebab free. Lepas tu akan ada org bg bubur ambuk free, itu aku simpan panaskan guna untuk sahur, sebab apa, sbb aku nak beli baju melayu anak aku walaupun harganya cuma RM20 beli kat jalan TAR.

Sampai akhirnya aku dapat kerja jadi guru. Bila aku dapat kerja jadi guru, masa ni dah 5 tahun perkahwinan, dekat 4 tahun kitorang hidup susah gile, tp aku yang hilang semua duit simpanan, barang kemas dan tanggung hutang.

Bila aku start kerja jadi guru, ex aku tak pernah tanya pun berapa banyak gaji aku, berapa banyak aku bayar nursery, beli pampers anak, bayar bil rumah bagai. Tak dia tak pernah tanya. Dia cuma tau minta duit.

Asyik minta duit kat aku RM500 sebulan, and yakinkan aku dia akan ganti balik. Dia tak pernah tanya yang gaji aku cuma RM1900 je, boleh lagi dia minta RM500 sebulan.

Dia cakap kalau tak bagi, macam mana dia nak cari kerja. And dia masih taksub dengan MLM, aku tau dia guna duit tu labur dalam MLM yang memang penipu tapi dia tak pernah sedar.

And, bila satu tahap bila kesabaran aku masih menipis. Aku bagi dia kata dua. Kerja atau tinggalkan kitorang. And dia pilih untuk tinggalkan kitorang, aku dan anak aku! Eh, macam tu je.

Paling aku benci, kawan kawan dia yang siap bagi nasihat paling bangang untuk tutup je buku lama and buka buku baru! What? Aku berkorban macam nak mati habis segala-galanya ni langsung tak bernilai weh! Aku buku lama je, pergi je cari lain buka buku baru.

And dia memang dalam setahun lepas tu dia kahwin dengan seorang janda anak satu yang kerja as lecturer. Ye, dia ada rupa, bolehlah jual rupa dia and carilah orang lain.

So,pengajarannya,isteri kena susah senang bersama suami tu kau kena tengok dulu, suami kau tu ada effort tak utk ubah keadaan ni sekrg, atau kau shj yg berkorban.Kalau kau seorang je yg berkorban, X payahlah gadaikan segala galanya,at least kalau kau ditinggalkan kau X rasa ralat

 Tamatlah kisah yang berlaku 7 tahun lepas. Ex aku yang dah kahwin kali kedua tu pun akhirnya bercerai juga dengan wife baru dia tu. Aku? Aku tak percaya lelaki sampai hari ni, end up single. Single is simple, yang penting aku bahagia. The end.

 p/s:

Untuk orang yang kecam my thread.Saya explain lagi.Benda ni dh jd 7 tahun lepas,maknanya sy dh bercerai 7 tahun dah.Bukan baru bercerai semalam.Tak ada orang kenal my ex kecuali family ( and diorang memang tahu pasal benda ni). Tiada gambar & tiada nama my ex pun dlm thread tu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat