G-SHOCK: Kehebatan Terulung Bagi Penciptaannya
G-SHOCK….satu nama yang menjadi kegilaan pada masa kini. Tetapi ramai yang hanya tahu memakainya dan tidak tahu apa itu G-SHOCK. Jam ini diilhamkan oleh Kikuo Ibe untuk mencipta sebuah jam yang tidak akan rosak walaupon jatuh dari tempat yang tinggi. Bermula pada saat itulah beliau bersama “team”nya membuat rekaan berdasarkan konsep “TRIPLE 10”.
Apa itu “TRIPLE 10”??
-
10 Meter – Masih berfungsi walaupon jatuh dari ketinggian lebih kurang 3 TINGKAT rumah
-
10 Bar – Tahan tekanan yang tinggi semasa berada di dalam air
-
10 Tahun – Bateri mampu bertahan untuk jangka masa yang lama IAITU 10 TAHUN
Ni sume link video ujian yang dijalankan
http://www.g-shock.eu/global/videos/toughness.mp4.mp4
http://www.g-shock.eu/global/videos/drop.mp4.mp4
http://www.g-shock.eu/global/videos/ice.mp4.mp4
http://www.g-shock.eu/global/videos/piston.mp4.mp4
http://www.g-shock.eu/global/videos/vibration.mp4.mp4
http://www.g-shock.eu/global/videos/water.mp4.mp4
Setelah lebih kurang 200 prototaip jam G-Shock direka,bermula tahun 1982, akhirnya pada tahun 1983, jam G-Shock yang pertama diperkenalkan iaitu DW5000
SEKARANG!!!
Setelah lebih dari 30 tahun kewujudan jenama G-SHOCK ini,jam ini telah mengalami pelbagai perubahan dari segi teknologi dan reka bentuk. Dari tahun 1983 hingga tahun 2011, terdapat lebih kurang 1956 jenis model yang dikeluarkan oleh syarikat CASIO untuk jenama G-SHOCK di mana ia meliputi jam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.
Banyak teknologi telah diterapkan dalam misi meningkatkan keupayaan G-SHOCK standing dengan jenama lain. Antaranya ialah:
- TRIPLE G RESIST
Menggunakan teknologi gel αGEL® untuk menyerap sebarang gegaran dalam setiap pergerakan untuk membolehkan struktur dalam jam tidak rosak dan membolehkan jam ini tidak melakukan kesilapan dari segi fungsi.
2. SMART ACCESS
Merupakan untuk pergerakan analog dengan gabungan antara pelbagai motor yang terdapat dalam jam tersebut yang digabungkan bersama “ëlectronic crown structure” bagi mempelbagaikan fungsi dan kebolehannya. “electronic crown structure”ini berfungsi untuk pemilik membuat setting untuk memilih waktu mengikut kedudukan dalam dunia dan juga set jam loceng dengan lebih mudah. Ia juga adalah untuk memudahkan untuk pembetulan semula jam jika berlaku kesilapan akibat dari gegaran yang berlaku.
3.GPS HYBRID WAVE CEPTOR
Penambahan penggunaan teknologi GPS bagi menetapkan dengan tepat waktu di mana kita berada.
4.TOUGH SOLAR
Teknologi solar juga dimasukkan ke dalam jam ini dan ia bukan sahaja boleh dicas dengan tenaga suria tetapi juga boleh dicaskan dengan menggunakan cahaya lampu di mana cahaya tersebuit diserapkan oleh panel solar dan kemudian mengalirkan elektrik untuk mengecas bateri yang terbina di dalam jam itu.5.
5. WAVE CEPTOR
Fungsinya sama seperti GPS HYBRID WAVE CEPTOR.
6.200-METRE WATER RESISTANCE
Dengan kegilaan manusia masa kini terhadap sukan air seperti menyelam laut dalam da sebagainya, G-Shock memperhebatkan lagi kuasa jam ini dari hanya 10 meter ke 200 meter tekanan bagi kedalaman dalam air.
Siri G-SHOCK
Dengan lebih dari 30 tahun wujudnya jenama ini,Casio telah membahagikan jam G-SHOCK ini kepada beberapa siri:
1. GRAVITY MASTER
2. GULFMASTER
3. MT-G
Jam besi G-SHOCK
4. G’MIX
Anda boleh menyambungkan handphone anda dengan jam ini dan anda boleh melaraskan muzik menggunakan equalizer dengan aplikasi yang diberikan. Jam ini akan menunjukkan tajuk lagu pada skrin jam tersebut.
5. BLUETOOTH WATCH
Hampir sama dengan G-Mix fungsinya. Cuma ianya lebih simple design.
6. PROFESSIANAL
7. STANDARD DIGITAL
8. STANDARD ANALOG
9. STANDARD ANALOG-DIGITAL
10. G-LIDE
11. G-SHOCK S-series
12. SPECIAL COLOR MODELS
13. LIMITED MODELS
Sumber: g-shock.com
P/S:
- fenin nak simpulkan 30 tahun sejarah jam ni..
- Jam yang admin nak kat G-SHOCK ni cuma satu je…GBA-400-1B