BAHAYA ! Kisah Bagaimana Sepasang Suami Isteri Kena ‘Paw’ RM2000 Di Vietnam
KENA PAW RM2000 NAIK BECA DI HO CHI MINH.
Biasalah melancong negara orang, mesti nak try benda rare. Tapi perkara sebaliknya berlaku.
Modus operandi penarik beca :
1. Dia ajak naik beca cakap pusing-pusing sekejap je.
2. Dia bawa korang meronda bandar Ho Chi Minh.
3. Dia layan atas beca macam anak raja.
4. Dia minta korang tulis buku log sebagai memori kenangan. Korang terbaca ayat-ayat indah dalam Bahasa Melayu di halaman buku log tersebut, usah terpengaruh itu semua pernah jadi mangsa.
5. Persinggahan terakhir di kedai makan entah ceruk mana. Semuanya penarik beca berkumpul. Di situlah upacara “sembelih” berlaku.
Saat itu, saya dan isteri sahaja.
“Sayang macam mana ni? Dia tipu kita ni, mahal sangat tu”. Kata wife saya.
“Takpe kita bayar tapi tak tahu cukup duit ke tak”. Jawab saya tenang.
“Orang ada duit tapi nak beli kain dan tudung buat berniaga”. Kata wife saya lagi.
“Kita bayar je, janji kita lepas dari sini, duit niaga tu kita fikir lah nanti”. Saya cuba menenangkan keadaan.
Selepas kami bayar, kami ditinggalkan di situ, cari lah mana-mana teksi dan pulang ke hotel.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 2010.
Semenjak dari peristiwa itu, kami tak naik beca Vietnam lagi. Tapi tetap pergi sana setiap tahun menemani wife beli barang niaga.
Ingatkan kisah hitam di Vietnam sudah habis, dua hari lepas kenalan kami bernama Azhar (Are Disoder) mati dibunuh dalam bilik hotel bajet Ho Chi Minh. Innalilah.
Di bawah ini pesanan yang kami terima, sahih! Azhar (Are) sudah meninggalkan kita. ?
Mohon tuan cikpuan yang terbaca posting ini boleh bantu mana patut atau paling tidak SHARE maklumat ini.
Terima kasih.
=====================
Assalamualaikum. misi bantuan untuk tolong azhar (Are Disorder vocal. svatantrata)
Untuk pengurusan jenazah kos penghantaran pulang RM40000 kalau nak simpan d ho chin min kos RM10000 tapi jenazah d simpan bersama2 org y bkn muslim RM5000 jenazah d simpan luar dari ho chin min d tanah perkuburan islam
4/5/2016 – Azman dengan mak dia akan ke vietnam untuk pengurusan jenazah..
Sekarang ni tengah minta bantuan dari ADUN KULIM BANDAR BHARU KULIM untok proses man ngan mak dia ke sana dan juga kos pwngurusan jenazah.
Mohon kawan2 kalau ada yang sudi menghulur bantuan kepada waris si mati boleh hubungi adik arwah, Azman.
0125704032 Mohd Norazman (adik si mati).
0711029000072091 Mohd Noorazman bin Abdul Wahab (Bank BSN).