Hasilkan Gambar Yang Cantik Bukanlah Dengan Kamera Yang Mahal
Foto memberikan seribu makna. Tetapi untuk mengambil gambar juga perlukan teknik yang betul supaya gambar itu dapat ‘menceritakan’ sebuah kisah daripada hanya pandangan pertama.
Jurugambar di Mango Street ini telah membuktikan kamera yang “pro” bukanlah suatu keperluan untuk mengambil gambar yang cantik.
Dua jurugambar profesional ini telah menggunakan Canon Rebel T3i ($500USD) dan lens rendah (18-55mm dan 40mm f/2.8 pancake lens). Mereka mengajak kawan mereka yang mempunyai pengetahuan asas dalam fotografi untuk mengambil gambar model dan tempat yang sama menggunakan kamera professional Canon 5D Mark IV ($3,300USD) dan lens Canon 35mm f/1.4L II berharga $1,650USD.
Lihat gambar di bawah. Tiada perbezaan, bukan?
Justin (Jurugambar Amatur dengan Kamera Profesional)
Rachel (Jurugambar Profesional dengan Kamera Amatur)
Daniel (Jurugambar Profesional dengan Kamera Amatur)
“Kami ditanya oleh ramai jurugambar amatur tentang jenis kamera yang kami gunakan atau “Apakah kamera yang paling baik?” kerana ramai amatur berfikir kamera yang mahal akan menghasilkan gambar yang baik.”
“Kamera adalah benda kedua kerana semua orang boleh mengambil gambar menggunakan kamera mahal, tapi jarang yang boleh mengambil gambar yang penuh makna.”
Lihat video di bawah tentang penggambaran mereka.