Pendapatan Lim Guang Eng Mencecah RM86,464.92 Yang Merupakan Pendapatan Tertinggi Antara Ahli Parlimen


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain dirinya, Guan Eng turut memasukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.

Kedudukan seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan dirinya serta isteri dengan RM75,861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, (diri sendiri dan isteri) berjumlah RM73,576.15, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (diri sendiri dan isteri) sebanyak RM72,276.37 dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (diri sendiri) sebanyak RM68,142.66.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59, 048.33 bagi Wan Azizah dan suami.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka, manakala 77 anggota lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum mengisytiharkan harta mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat