“Dudaku Nikah Lagi..” Lelaki Khawin 8 Kali, Bercerai 5 Kali & Ada 3 Isteri Buat Ramai Terkejut


Perkahwinan ataupun pernikahan merupakan salah satu perkara baik yang perlu disegerakan. Perkahwinan ini juga merupakan akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan untuk hidup bersama.

Lelaki dan perempuan ini ada tanggungjawabnya masing-masing, bukan untuk berseronok dan bercinta semata-mata. Dalam konsep perkahwinan atau pernikahan ini terdapat 6 rukun nikah. Yang pertama, ada pengantin lelaki, ada pengantin perempuan, ada wali, ada dua orang saksi dan akhir sekali ijab dan kabul.

Selain rukun, ada juga beberapa syarat penting yang menjadikan pernikahan itu sah. Salah satunya adalah lelaki yang mengahwini perempuan itu tidak mempunyai isteri lebih daripada tiga. Mahu bermadu tiada masalah, malah ramai sahaja hari ini yang selesa bermadu.

“Dudaku Nikah Lagi..” Lelaki Khawin 8 Kali, Bercerai 5 Kali  & Ada 3 Isteri Buat Ramai Terkejut

Berkenaan dengan madu dan perkahwinan ini, terbaharu ada sebuah video yang viral menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan pasangan pengantin lelaki dan perempuan. Namun apa yang menarik perhatian dan mengejutkan orang ramai adalah pengantin lelaki berkenaan sudah berkahwin sebanyak lapan kali.

Menurut bekas isteri pengantin lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Teh_dan_Tat, ini merupakan perkahwinan kali kelapan dan pengantin perempuan tersebut pula sah bermadu tiga. Maksudnya pengantin lelaki itu telah mempunyai dua orang isteri sebelum menikahi isteri barunya itu,

Dudaku #nikah lagi. #perkahwinan kali kelapan kalau tak silap buat #pengantin lelaki, pengantin perempuan pula sah bermadu tiga. Majlis yang sangat meriah, harapnya anak-anak yang bersepah tak terus terabai #nafkah. – tulis Teh_dan_Tat di ruangan caption.

 

Menerusi video yang dikongsikan itu dapat dilihat perkahwinan tersebut disambut dengan begitu meriah. Jarang sekali bagi mereka yang sudah berkahwin beberapa kali ini akan meriah seperti yang dilihat dalam video tersebut.

 

Terkejut mak baca caption dia..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video menarik itu. Ada yang berasa terkejut apabila membaca caption yang ditulis oleh individu yang mengongsikan video itu.

“Terkejut mak, baca caption dia. Siap ulang balik video ni”, tulis Ezairdina.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, jenis passion lelaki berkenaan berkahwin. ” Jenis passion dia ni berkahwin” – shamsinarmohdkamil

Lagi pemilik akaun SoYa juga sempat meninggalkan komen menyatakan, “tak dapat Datin la kalau num 3?”.

perkahwinan

Apa pun didoakan semoga perkahwinan yang kelapan ini bahagia kekal selamanya. Semoga juga nafkah anak-anak dan para isteri dijaga dengan baik. Laksanakanlah tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama.

Selagi mana segala keperluan dan nafkah dijaga sebaik mungkin, selagi itulah Tuhan akan memberkati kehidupan kita. Selamat pengantin baru admin ucapkan kepada pasangan tersebut dan selamat menjalani kehidupan rumahtangga.

Sumber: TikTok teh_dan_tat

Baca juga: BN Lancar Manifesto Esok (Isnin), 10 Teras & 99 Tawaran Akan Dinikmati Pelbagai Golongan Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat