AZIZAN OSMAN : Jika Kita Tidak Mahu Berubah Atau Tidak Tahu Apa Yang Berubah, Kita Akan Diubah Atau Ketinggalan Jauh.

Sumber Rujukan : Azizan Osman

Berikut merupakan perkongsian daripada seorang motivator, trainer dan coach kepada lebih 300,000 usahawan di seluruh Malaysia berkenaan mesej utama beliau iaitu ‘Perubahan Teknologi’.

Kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Saya di US hadir kelas. Dan hari ini hari pertama di sini dan banyak “A’ha moment” bila ditunjukkan tentang betapa pantasnya perubahan teknologi dan pelbagai perkara di seluruh dunia serta bagamana ia memberi impak kepada kita.

Saya bangga menjadi seorang sahaja dari Malaysia menghadiri Executive Program dibawah #SingularityUniversity #SUEP sesi ini bersama 80 orang dari 29 buah negara dalam dunia. Dan setiap kali mereka bertanya apa yang saya buat, saya akan berkongsi tentang apakah yang telah Richworks lakukan selama 9-tahun ini membina usahawan dan bakal usahawan serta sehingga kini program kami telah dihadiri lebih 470,000 orang peserta.

Singularity University merupakan sebuah tempat di NASA campus di Silicon Valley yang mana seseorang perlu memohon untuk diterima selama 6-hari didedahkan dengan pelbagai teknologi dan research terkini tentang perubahan teknologi dan industri dimasa hadapan (Yang sebenarnya sedang berlaku sekarang).

Salah satu perkara yang ditekankan hari ini adalah tentang perubahan.

The only one thing yang berlaku setiap hari adalah perubahan. Dan jika kita tidak mahu berubah atau tidak tahu apa yang berubah, kita akan diubah atau ketinggalan jauh.

Contoh paling best hari ini yang diberikan adalah mengenai Yahoo dan Google.

Yahoo adalah syarikat awal yang membina search engine bermula pada tahun 1994 dan kemudian listed di stock exchange pada tahun 1996 berjaya raised $34 juta ketika itu. Google (Nama asalnya bukan Google tetapi Backrub) dimulakan oleh 2 orang pelajar Standford University pada tahun 1996, kemudian menawarkan kepada Yahoo untuk membelinya pada harga $1 juta pada tahun 1998 tetapi Yahoo menolak tawaran mereka dengan alasan mahal.

Disebabkan Yahoo tidak mahu membelinya, maka pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin menukarkan nama syarikatnya dari Backrub kepada Google pada tahun yang sama (1998) dan terus mengembangkan Google.

Pada tahun 2002, Yahoo rasa terancam dengan Google dan kali ini menawarkan untuk membeli Google dengan harga US$3 billion, tetapi Pengasas Google counter offer dengan tawaran US$5billion dan Yahoo menolaknya sekali lagi, sangat mahal kata Yahoo.

Pada tahun 2004, Google listed dan raised hanya $1.64billion.

Pada tahun 2008, Microsoft bid nak beli Yahoo $54billion untuk diambilalih. Dan selepas itu Yahoo semakin menurun nilainya.

Tetapi nilai Google pada tahun 2016 adalah $545billion.

Point penting yang saya belajar adalah sesebuah syarikat boleh berkembang exponentially dalam masa yang singkat bila mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan adapt kepada keadaan semasa serta peka dengan apa yang berlaku tetapi sebuah syarikat atau organisasi boleh lingkup bila orang-orang di dalamnya terutamanya mereka yang menerajuinya tidak mahu berubah mengikut keadaan.

Ada banyak point lagi untuk hari pertama ini dan pastinya tidak mampu saya nak tuliskan ke semuanya. Yang pasti, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu sehingga kita buat keputusan untuk belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat