Kepentingan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak


Kerusi keselamatan kanak-kanak? Apakah kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak? Ia adalah salah satu langkah keselamatan yang boleh diambil untuk anak-anak kita semasa berada dalam kenderaan. Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi kepada kita ketika kita di jalan raya.

Penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak adalah penting. Ketahuilah kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kepada kanak-kanak.

1. Mengelakkan daripada terpelanting

  • Kita biasa dengar pemandu atau penumpang maut selepas tercampak atau terpelanting semasa kemalangan berlaku.
  • Untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anak-anak kita, gunakanlah kerusi keselamatan kanak-kanak demi keselamatan mereka.

2. Keselamatan dan keselesaan

  • Fungsi utamanya semestinya keselamatan untuk anak-anak kita.
  • Kanak-kanak memerlukan kerusi keselamata kerana fizikal mereka berbeza dengan orang dewasa.
  • Selain itu, kekuatan struktur badan mereka juga berbeza dengan orang dewasa.

kepentingan kerusi keselamatan

3. Gelombang kesedaran

  • Kesedaran harus dipupuk.
  • Jika anda menggunakan kerusi keselamatan untuk anak-anak anda, ia akan turut mempengaruhi orang-orang terdekat anda.
  • Dan itu menunjukkan bahawa mereka telah mendapat kesedaran betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.

4. Melekap di kerusi

  • Anggota badan atas seperti dada dan anggota bawah seperti peha diikat kemas pada tali pinggang.
  • Untuk kereta yang mempunyai cangkuk pula, kerusi kanak-kanak akan tersangkut dan pergerakan kerusi menjadi terbatas sewaktu kemalangan.

5. Menerapkan nilai murni

  • Kanak-kanak biasanya belajar daripada persekitaran mereka.
  • Jika kita telah terapkan nilai-nilai ini dalam diri mereka sedari kecil, mereka akan mengikutinya.

Itulah antara kepentingnya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Ianya penting untuk keselamatan anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa harus peka dengan perkara ini. Jangan ambil mudah soal keselamatan anak-anak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat