Saya Tetap Setia Bersama Kelantan, Penyerang Berbisa Kelantan, Mohammed Ghaddar
Sebelum ini menjadi viral sebuah pasukan yang mempunyai sumber kewangan kukuh, berusaha memancing Ghaddar sekalipun terpaksa menebus baki kontrak semusim pemain berkenaan dengan Kelantan.
Bagaimanapun, penyerang berbisa Kelantan, Mohammed Ghaddar, menafikan beliau menjadi rebutan dan cuba dipancing beberapa pasukan negeri lain pada jendela perpindahan pemain Mei nanti.
Ghaddar yang juga import kelahiran Lubnan menolak dakwaan beliau menjadi tumpuan pasukan negeri lain selepas tertarik dengan kelincahannya meledak sembilan gol walaupun saingan Liga Super baru saja memasuki pusingan pertama.
“Saya tetap setia bersama Kelantan dengan menghormati persetujuan kontrak yang ditandatanganinya hingga akhir tahun ini.
“Saya kini mahu fokus pada perlawanan seterusnya menentang Pahang (8 April) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 12 April di laman sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Ghaddar yang digelar ‘The Gladiator’ oleh penyokong The Red Warriows (TRW) selepas muncul penjaring hatrik dalam tempoh 180 minit atau purata 30 minit setiap gol menerusi dua perlawanan.