“Pergaduhan Pemilihan Pemimpin PKR Memalukan Dan Merosakkan Nilai Murni Masyarakat”-Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Pemilihan Pemimpin

KANGAR: Insiden pergaduhan sewaktu pemilihan pemimpin PKR yang berlaku di Keningau, Sabah semalam disifatkan sebagai insiden yang memalukan dan merosakkan nilai murni masyarakat Malaysia.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan Mufti Perlis berkata, perkara itu nyata membimbangkan selepas pihaknya melihat rakaman pergaduhan terbabit di negeri ini.

“Biasanya, aksi dan cara sebegitu hanya kita lihat dalam masyarakat yang rendah peradaban dan tamadunnya”.

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh beliau di laman Facebook pagi tadi, beliau berkata, malang sekali dalam Negara Malaysai yang terkenal dengan kesantunan boleh terjadi perkara seperti itu.

Mohd Asri berkata, atas faktor kuasa, manusia sudah hilang nilai murni dan akal yang waras.

“Apakah kualiti pemimpin yang hendak mereka pilih jika demikian keadaannya?” Katanya.

Semalam, pemilihan Cabang PKR Keningau kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada 4 petang tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat