Cinta Berlainan Agama
Allah tak pernah mengharamkan cinta. Cinta adalah sebuah rasa yang sudah menjadi fitrah bagi setiap umat manusia. Namun, manusia diperintahkan untuk menjaga agar cinta itu tidak lantas menjerumuskannya pada tindakan yang diharamkan-Nya. Cinta haruslah menjadi media untuk mendekat kepada-Nya. Cinta menurut Islam adalah cara mencintai yang dirasa paling tepat ketika diri belum mampu terikat dalam sebuah ikatan suci, yaitu pernikahan. Tetapi melalui kisah tragis ini, Bagaimanakah cara memperjuangkan cinta jika pengakhirannya adalah dibunuh?
Di dalam sebuah artikel daripada Harian Metro, seorang lelaki Kristian di Israel, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia 17 tahun dengan menikam leher mangsa bertubi-tubi kerana remaja itu mencintai lelaki Islam.
Henriette Karra, 17, ditemui mati di rumah keluarganya di Ramle, Israel, dengan beberapa kesan tikaman di lehernya pada 13 Jun lalu. Menurut laporan itu yang dipetik Daily Mail, bapa mangsa, Sami, 58, ibunya Aliham dan bapa saudaranya ditahan polis kerana merancang pembunuhan itu, seminggu selepas pertelingkahan mengenai hubungan terlarang itu bermula. Remaja perempuan itu menjalin hubungan dengan lelaki Islam yang dipenjarakan dan merancang memeluk Islam apabila teman lelakinya itu dibebaskan nanti.
Adakah haram untuk cinta itu diluahkan kepada orang yang berlainan agama daripada kita? Ikuti kupasan di bawah tentang hukum hakam tentang cinta di dalam Islam.
Apakah hukumnya bercinta dengan orang berlainan agama. Adakah haram atau sebaliknya?
Islam tidak menafikan perasaan cinta kerana ia adalah satu perasaan yang fitrah dalam kehidupan manusia. Hidup seseorang manusia sentiasa diliputi dengan cinta dan kasih sayang. Namun, Islam sebagai al-Din memberi panduan lengkap bagi setiap lapangan hidup termasuklah dalam bab bercinta. Cinta itu harus diatur dengan sebaik-baiknya agar tidak salah dan tersasar daripada penerapannya yang sebenar.
Pertama, seseorang yang benar-benar ingin mengamalkan Islam dalam dirinya perlu membetulkan niat apabila bercinta. Bercinta kerana Allah SWT dengan tujuan menghalalkan perhubungan itu daripada segenap sudut melalui perkahwinan yang sah. Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat.
Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat.
Seseorang muslim atau muslimah itu perlu berhati-hati dalam persoalan hati. Apatah lagi apabila jalinan perasaan tersebut melibatkan seorang yang berlainan agama. Sebabnya, seseorang Muslim hanya dibenarkan berkahwin dengan Muslim sahaja.
Jika salah seorang daripada pasangan bukan Islam tidak memeluk Islam, hukumnya mereka mestilah berpisah dan tidak boleh mengikat tali perkahwinan. Ini kerana seorang hamba perempuan yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang wanita musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang lelaki musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya.
Bagaimanakah cara untuk tarik minatnya terhadap Islam dan bagaimana cara untuk dia memeluk Islam?
Dakwah ditujukan kepada seluruh manusia dalam keadaan umurnya yang berbeza-beza, serta tingkatan kedudukannya di kalangan masyarakat di samping kecerdasan dan alam lingkungannya, dan kemahuan serta jalan fikirannya. Kesemuanya adalah berlainan.
Hal ini menyebabkan para daie (pendakwah) harus menjadi orang-orang yang bijaksana. Mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu. Para daie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu.
Untuk melaksanakan misi dakwah kepada orang bukan Islam, kebijaksanaan daie amatlah diperlukan bagi mencari pintu yang memungkinkan ia dapat memasuki jiwa mad’unya (orang yang didakwah), sehingga ia berhasil meyakinkan mad’unya tentang kebenaran ajaran Islam yang dikemukakannya itu dan dapat menarik mad’unya memeluk Islam.
Haruslah diambil perhatian bahawa pintu dakwah itu hanya satu saja, iaitu menyakinkan orang yang diseru tentang ajaran Islam. Bahawa dakwah harus dimulai dengan akidah, menetapkan adanya Allah SWT dan diakhiri dengan menetapkan agama Islam sebagai peraturan hidup dan bahawa memulai kehidupan menurut syariat Islam.
Dengan ini, seharusnya kita bersandarkan hukum-hukum syarak yang kita jadikannya sebagai panduan dalam tindakan kita.
Satu komen untuk “Cinta Berlainan Agama”