Apa itu Sindrom Disleksia? Ketahui Tahap Pembesaran Anak Anda Sebelum Terlambat – Daily Rakyat

Apa itu Sindrom Disleksia? Ketahui Tahap Pembesaran Anak Anda Sebelum Terlambat


Tahukah anda tentang sindrom disleksia? Bagaimanakah disleksia boleh wujud dan berlaku dalam diri anak anak anda? Ketahui apa itu disleksia dan pantau pembesaran anak anak anda supaya sindrom ini dapat di kesan dari awal.

Apa itu  Sindrom Disleksia?

Disleksia merupakan sejenis gangguan dalam pembelajaran khususnya kepada kanak-Kanak. Kanak kanak yang mengalami disleksia selalunya mempunyai masalah dalam melakukan tugas tugasan seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.  Walaupun dari segi luaran dan fizikalnya kanak kanak yang mengalami disleksia ini adalah normal namun mereka mempunyai perbezaan dalam cara otak mereka berfungsi.

Punca mengalami masalah Disleksia 

  • Faktor keturunan
  • Faktor neorobiologikal

Ciri-ciri penghidap Disleksia?

  • Kebiasaanya dapat dikesan di peringkat awal persekolahan anak-anak
  • Lambat bertutur dan mengalami masalah dalam sebutan serta rima
  • Sukar untuk menceritakan kembali segala apa yang telah didengarinya
  • Tidak dapat membaca, menulis, mengeja atau mengira dengan baik
  • Terdapat banyak kesilapan dalam penulisannya
  • Mempunyai kesukaran dalam memahami, mengingati dan mendengar arahan
  • Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja
  • Masalah disleksia ini oleh dihidapi sehingga peringkat dewasa

Masalah yang mungkin dialami oleh penghidap disleksia

  • Orang ramai menggangap mereka mals ,lembab atau bodoh
  • Pembentukkan imej yang sihat boleh terjejas
  • Boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan
  • Masalah tingkah laku
  • Pencapaian akademik yang rendah

Cara mengubati masalah Disleksia

1. Bantu membina keyakinan diri bagi keluarga dan kanak kanak yang menghidap penyakit ini.

2. Cuba mengenal pasti penyakit lain yang mungkin membawa kepada penghidap disleksia ini seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

3. Tingkatkan potensi pembelajaran dalam diri anak anak melalui :

  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan audio luaran

4. Menggunakan deria lain dalam pembelajaran

  • Deria sentuhan
  • Deria pendengaran
  • Merasa pergerakan bibir
  • Menulis huruf atau perkataan

Kenali diri anak anda dengan segera dan ketahui tahap kesihatan anak anda supaya pencegahan dan perubatan dari awal dapat dilakukan. Sayangi mereka dan bentuk mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan agama, bangsa dan negara.

Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat