Rinduku Tiada Noktah

Sumber Rujukan : Facebook, Ahteng Sepet

Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari. Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang disaat kamu tidak mengharapkannya. Cinta dapat membuatmu bahagia tapi juga kesedihan, tapi cinta baru berharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.

Cinta bukanlah suatu persoalan bagaimana menjadi pasangan yang “sempurna” bagi seseorang. Tapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri. Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang kamu inginkan, menyayat sedalam yang kamu izinkan. Yang berat bukan bagaimana caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu, tapi bagaimana untuk belajar darinya.

Ikuti surat seorang isteri kepada Allahyarham الله يرحم suaminya.


Abang,

Di saat Allah menjemput kau, terasa gelap dunia aku. Ibarat jantung aku juga direntap, terasa seperti nyawa aku yang diambil. Aku lost! Aku tak tahu apa nak buat, tak tahu ke mana nak melangkah, tak tahu kata-kata apa yang perlu aku ungkap selain nama Allah yang aku jerit. Ya, Allah. Hanya nama Allah yang aku mampu sebut. Sampai saat ni aku tak dapat lupa setiap kenangan aku bersama kau abg. Demi Allah, aku tak akan lupa!

Raya Dive 2016
Terserlah bahagia aku sebab kau ada di sisi aku. Sejak aku kenal kau, tak pernah kau izinkan aku pergi dive tanpa kau. Kalau dulu aku solo diver, keluar masuk pulau sendirian. Sejak kau hadir dalam hidup aku, aku ingat kata-kata kau. “Lepas ni sayang tak pergi dive sendiri dah. Sayang akan ikut semua trip abang, abang akan ikut mana saja sayang nak pergi”. Yes, sejak dari awal bercinta sampai aku jadi isteri kau, tak pernah aku diving tanpa abang. Tahun lepas raya dive aku dengan kau. Kau pakai baju Melayu kuning, aku pakai baju kurung purple. Baju kurung ni kau yang belikan untuk aku. RM30 je, sebab nak pakai untuk raya dive je. Banyak sangat gambar kenangan kita abang. Banyak!

Kenangan diving Raya 2016

Raya Dive 2017
Kami tak ramai pun abang. Kami berlima je. Tapi aku pilih kawan yg tepat untuk dive dengan aku. Kawan yang sentiasa cari masa untuk elakkan aku dari bersendirian, kawan yang sentiasa cara jalan untuk elakkan aku dari menangis rindukan kau.
Dive terakhir aku kalah. Kalah dengan rasa rindu yang hampir pecahkan dada. Aku kalah dengan air mata. Abang, aku rindu! Demi Allah, rindu!

Dulu aku bergambar dengan kau. Gambar raya underwater semua dengan kau. Tahun ni & tahun akan datang raya dive aku sendu gila. Tahun ni tahun pertama raya dive tanpa kau. First dive sampai forth dive, aku okay lagi boleh gelak-gelak. Masuk last dive, aku kalah.

Baju melayu kuning peninggalanmu

Aku sarung baju kurung yg kau belikan untuk aku. Dan aku bawa baju Melayu kuning kau. Tahun lepas aku dapat bergambar sebelah kau, tahun ni aku cuma ada baju kau. Baju tanpa tuan. Baju tanpa tubuh. Aku hanya mampu bergambar dengan baju kau je abang! Mulanya takdelah aku nak nangis ke apa. Tapi saat aku letak lengan baju kau atas bahu, aku terasa macam kau tengah peluk aku abg. Sumpah. Terus aku menangis. Allah. Dulu bahu aku terasa berat lengan kau, kali ni hanya lengan baju je kau je yang peluk bahu aku. Aku tak dapat tahan rasa sakit rindu tu. Aku terus peluk baju kau abang. Aku peluk, peluk & menangis sehabis mahu. Jarang aku nak nangis depan orang, tapi kali ni aku kalah lagi dengan rasa rindu pada engkau suami. Dalam aku peluk & menangis, aku jerit nama kau abang. Abang, abang, abang. Aku rindu!

Dan aku hanya mampu memeluk erat pakaian kau – Ahteng

Naik atas boat, aku tak boleh berhenti menangis. Boat yang sama kita pergi raya dive tahun lepas. Aku duduk tempat yang sama. Aku pakai baju yang sama. Bezanya kali ni sebelah aku kosong. Tempat duduk kau kosong. Aku cuma mampu isi dengan baju Melayu kau. Sepanjang perjalanan ke dive site, aku peluk erat baju kau. Sekuat hati aku peluk. Baju kau bukan basah sebab kena air laut, tapi basah dengan air mata aku. Yelah, dulu tangan kau je yang selalu kesatkan air mata aku. Sekarang aku cuma ada baju baju kau untuk kesat air mata aku.
Sempat aku minta si Aril amik gambar aku, posisi yang sama, cuma kau je yang takde. Tapi gambar tu seribu kali beza. Dulu gambar aku senyum lebar. Kali ni senyum hambar, senyum dengan air mata. Sekali je Aril snap gambar, aku terus cakap cukup lah Ril. Aku tak mampu.

Ramai tanya aku, kau ni tak takut ke dengan laut. Kau tak takut ke jadi apa-apa dalam laut tu. Kau tak trauma / fobia ke lepas apa yg jadi kat laki kau.

Jujur. Lepas suami aku meninggal, tipulah aku tak trauma, tipulah aku tak fobia. Tipulah aku tak menangis saat kaki aku jejak ke pantai. Tapi aku sehabis daya lawan semua perasaan tu. Aku kembali diving. Walaupun aku menangis dalam laut takde siapa yang nampak, tapi aku tahu setiap hidupan dalam laut tu saksi air mata rindu aku pada suami. Aku paksa diri aku untuk terus diving, sebab aku tahu suami aku sendiri tak nak aku terus bersedih & berhenti diving.

Aku kenal dunia diving terlebih dulu sebelum aku kenal suami. Allah aturkan cantik. Allah jodohkan aku dengan makhluk yang sama minat dengan aku, sama bidang. Allah jodohkan aku dengan seorang diver juga. Alhamdulillah, aku bersuamikan seorang lelaki yang sentiasa galakkan aku untuk terus bercinta dengan dunia underwater.

Dulu aku hilang seorang ibu gara-gara nyamuk denggi. Tapi takde pulak aku benci nyamuk. Bukan aku yang cipta nyamuk. Aku cuma amik initiative untuk halau nyamuk tu dari terus membiak dekat dengan org yang aku sayang supaya aku tak hilang orang yang aku sayang gara-gara nyamuk dah. Sama juga dengan suami. Aku hilang suami gara-gara laut, tapi tak pulak aku bencikan laut. Dan aku amik initiative untuk safety preparation. Laut ni ciptaan Allah. Allah cipta sesuatu bersebab. Ciptaan Allah ni maha dahsyat. Aku addict dengan diving sebab kali pertama aku turun dasar laut, aku jatuh cinta dengan keindahan ciptaan Allah. Aku terpegun. Selama ni aku cuma berani snorkling tengok dari atas je. Ya, aku tak kan pernah membenci laut walau aku kehilangan seorang suami kerana laut.

Kalau aku diberi pilihan, aku pilih untuk mati dekat laut juga. Suami aku pergi cantik. Sempurna tubuh badan, cantik paras rupa. Takde sikit pun cacat cela. Dia bercinta dengan laut, dia jaga marine life, dia jaga coral, dia jaga baik setiap ciptaan Allah di bawah sana. Insha Allah abg, semua marine life doakan kau. Diorang pun rindukan kau.
Tapi jodoh pertemuan, ajal maut semua Allah dah tetapkan. Alhamdulillah, aku bersyukur. Kau pergi dalam keadaan baik. Kau pergi masa tengah cari rezeki untuk aku isteri & anak-anak. Kau melangkah kaki keluar dari rumah niat untuk cari rezeki. Takde apa yang sia-sia sayang. Aku redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku.

Tiada apa dalam dunia ni yang mampu kembalikan senyuman aku seperti ni. – Ahteng

Apa pun level kau dalam bidang diving, tinggi macam mana sekalipun knowledge kau dalam dunia diving, berjuta banyak mana pun log dive kau, sesempurna mana sekalipun safety yang kau prepare untuk diving, kau sendiri tak boleh janji kau tak kan panic andaikata berlaku apa-apa pada kau masa diving. Hebat mana pun kau di dunia, sampai masa kau akan mati juga. Ajal tak kan pernah cepat atau lewat walau sesaat. Siapa pun kau di dunia, kau kena terima kau tetap bakal jenazah. Cuma apa yang kau tak tahu adalah cara kau mati. Dan cara kematian kita nanti cuma asbab je. Kita semua bakal jenazah. So, janganlah angkuh & takbur. Janganlah kufur nikmat.

Abang,
Aku harap setiap genap rasa rindu aku pada kau sampai ke pengetahuan kau. Aku harap setiap doa aku sampai pada kau di alam sana. Setiap kebaikan yang aku buat selama hayat aku ni, aku kongsikan dengan kau. Moga Allah lapangkan & terangkan kubur kau abang. Rindu aku pada kau tak terkata, tak terungkap dengan kata-kata, tak terhitung dengan pasir-pasir di pantai. Aku hidup ni menanggung beban rindu yang tak terluah. Rindu yang menyesakkan dada. Rindu yang menyesakkan jiwa. Rindu yang hampir pecahkan dada. Rindu yang tak kan pernah ada noktah.

Gambar perkahwinan Ahteng dan Kapten Sazali

Aku percaya kau sentiasa ada dengan bini kau ni. Sebab semangat kau kuat dalam diri aku. Rasa kasih & cinta aku pada kau tak kan hilang. Sebab pergi kau tak kan ada pengganti. Tak kan ada pengganti kau dalam hidup aku. Insha Allah, satu hari nanti aku pun akan berganti dunia. Dan hidup yang kekal hanya di sana. Bersama kau di syurga.

Rindu aku pada kau takde penghujung abang. Sebuah rindu tanpa ada noktah. Sebuah rindu dari isteri buat suami. Kerana kau nikahi aku niat kerana Allah, kau janji untuk jadikan aku isteri yang terakhir. Kerana tu cinta aku kuat pada kau walau kau dah pergi jauh. Cinta yang tak mungkin berganti. Kasih aku cuma satu. Dan kau akan kekal sebagai satu-satunya suami aku di dunia & akhirat. Aku tak akan cari pengganti kau. Sebab aku cuma isteri pada Kapten Sazali Sakiran sampai akhir hayat aku.

Abang, tidurlah. Tidurlah dengan tenang. Aku hidup ni kuat dengan cinta & kenangan kita. Aku akan ingat segala pesanan abg, setiap kata-kata abg. Kerana aku hidup membawa title “isteri” kepada Kapten Sazali Sakiran. Macam mana kau jadikan aku yang terakhir, macam tu juga aku akan jadikan kau yang terakhir dalam hidup aku.

Terima kasih sayang. Moga bertemu di syurga Allah.

Alfatihah buatmu sayang,
Kapten Sazali Sakiran

Isterimu yang sentiasa merindu,
Ateng

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat