Tawakal Dalam Dunia Perniagaan

Sumber Rujukan : FB Abu Talha Zahack

Setiap kejayaan yang kita peroleh sekarang kebanyakkan orang pasti akan mengata ini adalah hasil titik peluh mereka sendiri. Sebahagian mereka yang berjaya pasti lupa asal usul mereka dan tidak bersyukur dengan rezeki yang di beri oleh-Nya.

Sekiranya kita semua boleh mencapai tahap kepercayaan yang rezeki kita telah ditentukan oleh-Nya, tentu kita tidak keberatan untuk membantu orang lain walaupun dia adalah pesaing kita di dalam dunia perniagaan seperti yang berlaku kepada saudara kita di Arab Saudi.

Ini adalah contoh persaingan dalam dunia perniagaan di Arab Saudi yang harus di contohi.

Seorang saudara berpindah ke Mekah beberapa tahun yang lalu. Beliau seorang pengurus tertinggi di jabatan utama kebanyakan gedung di Malaysia, U.K dan China yang berjaya. Beliau telah di bawa masuk ke gedung Bin Dawood sebagai pengurus di Mekah. Beliau Berasal daripada England.

Setelah menetap dan bekerja seketika di Arab Saudi, beliau kemudian menceritakan penemuannya tentang kelainan, keunikkan dan pengalaman bagaiman perniagaan dilakukan di Arab Saudi. Berikut adalah contoh-contoh yang beliau berikan:

  1. Di Mekah, sebuah syarikat persaingan yang baru telah masuk ke Mekah yang bertapak bersebelahan dengan gedung Bin Dawood dengan hanya berjarak beberapa meter sahaja. Beliau cemas “Mengapa mereka tidak membuka perniagaan di tempat lain.” Pemilik Bin Dawood bermasam muka dengan pandangan beliau. Beliau kemudian diarahkan untuk menghantar para pekerja ke perniagaan yang masih dalam persiapan dan menawarkan mereka minuman dan makanan dan apa-apa pertolongan yang diperlukan dalam persiapan mereka! beliau ditinggalkan dalam keadaan terkejut. Pemilik Bin Dawood menjawab ringkas, “Rezeki kita tetap, mereka tidak boleh ambil walaupun satu riyal daripada apa yang sudah ditetapkan kepada kita. Jadi kenapa tidak ambil ganjaran dan membantu mereka.”
  2. Pemilik alFakieh ayam di Arab, dia mempunyai sebuah masjid yang terkenal di MEKAH (Masjid Faqih). Beliau sangat kaya ماشاء الله تبارك الله dan agama. Dia mendapati bahawa saingan utamanya AlWatania dalam kesusahan dengan hutang yang banyak iaitu satu juta riyal lebih. Pada suatu hari, dia menghantar cek kepada pemilik AlWatania dan berkata, “Bayar hutang anda, dan membayar kepada saya kembali, bila-bila masa anda boleh.” Dia mempunyai peluang untuk menjadi pengedar utama tunggal ayam tetapi sebaliknya dia membuat keputusan untuk membantu saingan utamanya.

ماشاء الله تبارك الله

Secara peribadi, beliau merasakan kita telah dipengaruhi dengan cara barat yang berfikiran kapitalis dan pengguna yang ada dalam setiap bahagian daripada kehidupan kita. Menyebabkan penyinkiran tawakal dan muhabbah persaudaraan dari hati kita. Hanya beberapa nasihat.  Jangan risaukan orang lain, jika kamu melakukan kerja kamu dengan ihsan dan Allah memberikan kamu taufik, maka kejayaan kamu tidak akan terhad kerana orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat