Ketahui 9 Kebaikan Teh Chamomile Untuk Kesihatan Anda


Teh chamomile mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral termasuklah potassium, magnesium, kalsium, sodium, thiamin, riboflavin dan vitamin A. Zat-zat makanan lain termasuklah folat, besi dan zink. Buat pengetahuan semua, dalam secawan teh chamomile dikatakan menyediakan 2 kcal tenaga dan 0.47 karbohidrat. Terdapat banyak kebaikan teh chamomile untuk kesihatan dan tubuh badan anda.

Ini adalah antara kebaikan teh chamomile;

1. Mudah untuk tidur

Teh chamomile dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang berhadapan dengan masalah apnea tidur dan sukar untuk tidur.

Di samping itu, meminum secawan teh chamomile panas juga mampu membantu anda mudah tidur dengan bangun dalam keadaan lebih segar. Ia amat disyorkan sebagai suplemen kepada wanita selepas bersalin untuk tidur dengan lebih baik.

2. Memperbaiki pencernaan

Sekiranya anda menderita masalah kerengsaan pada perut, tidak kiralah daripada perut kembung sehingga sindrom usus rengsa, dikatakan teh chamomile boleh membantu. Hal ini kerana teh chamomile, mempunyai sifat-sifat anti keradangan yang mampu membantu melegakan perut bergelodak dan membenarkan laluan angina dan memudahkan pergerakan usus.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu melegakan ulser perut dan kekejangan. Dengan meminum teh chamomile juga dikatakan mampu mengeluarkan air, cecair dan sebarang bahan buangan daripada tubuh badan.

Ini bermakna ia mampu bertindak sebagai diuretic. Sifat ini bukan sahaja mampu membantu dalam mengurangkan berat badan tetapi ia turut memperbaik pencernaan keseluruhan dan menentang perut kembung.

3. Mengurangkan keradangan

Kehadiran sifat-sifat anti-kejang dan anti-keradangan dalam chamomile amat berkesan dalam merawat kekejangan pada perut dan usus.

Pengambilan teh chamomile dengan kerap dikatakan mampu menghapuskan masalah-masalah seperti sindrom usus rengsa, loya, kejang otot dan gasteroenteritis.

4. Mengawal diabetes

Bahan kimia organik yang terkandung dalam teh chamomile dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tahap gula dalam darah dan mengatur jumlah insulin dalam darah pesakit diabetes. Ia mampu membantu menghapuskan penurunan darah dalam gula secara mendadak.

5. Merangsang kesakitan jantung

Teh chamomile juga dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah dan merendahkan tahap kolesterol jahat (LDL). Keadaan ini mampu memastikan jantung dalam keadaan sihat.

6. Merangsang sistem imun

Sebatian fenolik yang hadir dalam teh chamomile adalah untuk merawat tekanan dan kegelisahan. Minumlah teh chamomile ketika anda berasa letih kerana sifat melegakan yang diberikan teh ini dikatakan mampu meningkatkan tahap serotonin dan melantonin dalam tubuh badan.

Hormon-hormon ini dikatakan mampu menghapuskan tekanan dan kerisauan. Dikatakan juga dengan meminum 1 hingga 2 cawan teh chamomile setiap hari mampu membantu melawan tekanan kronik.

7. Menjaga kulit

Berikutan dengan sifat semulajadi antikeradangan dan aktioksidan yang terdapat dalam teh chamomile, ia juga turut digunakan sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit.

Di samping itu, dengan sapuan krim daripada teh chamomile dikatakan mampu melegakan kerengsaan atau masalah kulit seperti ekzema.

8. Melegakan sakit akibat haid

Sifat antikeradangan teh chamomile menjadikan teh ini sebagai penenang popular pilihan wanita yang berhadapan dengan simptom-simptom haid seperti perut mengembang, kejang, kegelisahan, berpeluh, sukar untuk tidur dan perubahan mood.

9. Merawat reaksi alahan

Teh chamomile dikatakan mampu membantu mengubah tindakbalas imun kepada alahan dalam tubuh badan. Ini kerana antihistamin yang terdapat dalam teh chamomile mampu melegakan reaksi alahan di seluruh tubuh.

Teh chamomile ini baik untuk anda, terutama jika badan letih atau susah nak tidur malam. Semoga bermaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat