Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Diwajibkan


Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan akan diwajibkan bermula 1 Januari tahun hadapan. Keselamatan mereka lebih terjamin jika kerusi keselamatan ini digunakan.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa langkah ini diambil berdasarkan statistik kadar kematian yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Kadar kematian dari tahun 2007 hingga 2017 yang sangat membimbangkan iaitu sebanyak 1559 kematian.

Setiap 84 minit, kita akan kehilangan satu nyawa akibat daripada kemalangan jalan raya. Kanak-kanak tidak terkecuali berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Kerusi keselamatan ialah sebuah kerusi yang direka khas untuk melindungi kanak-kanak sewaktu pelanggaran atau kemalangan itu berlaku.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini tidak asing lagi untuk mengurangkan kadar perlanggaran kepada kanak-kanak dan untuk mengelakkan berlakunya kecederaan parah dan juga kematian.

Dr Wan Azizah berkata ,kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan haruslah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh United Nation Regulation iaitu R44 DAN R129.

kerusi keselamatan kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat