7 Tips Penjagaan Mata Agar Kelihatan Sihat & Bersinar Yang WAJIB Anda Ketahui


Seperti anggota badan yang lain, penjagaan mata juga harus dijaga dengan rapi supaya kelihatan sihat dan cantik. Namun orang kita sibuk cantikkan wajah sahaja dan mengabaikan kecantikan dan kesihatan mata.

Bukan sahaja kecantikan kulit yang harus kita jaga. Mata juga harus diberikan penjagaan yang sempurna kerana mata merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting. Jagalah mata sebaik mungkin sebelum ia menjadi semakin teruk atau worst case scenario, boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan! Ingatlah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan mata, boleh ikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dibawah.

Tips Penjagaan Mata

1. Memakan Sayuran Hijau

Seperti yang kita sedia maklum, sayuran memang kaya dengan vitamin dan sumber nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan, meliputi seluruh keperluan nutrisi badan. Sayuran juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi terutamanya sayuran hijau.

Antioksidan yang terdapat di dalam sayuran mampu membekal nutrisi ke seluruh badan dan juga bahagian mata. Kesan pengambilan antioksidan yang mencukupi bukan sahaja menyebabkan mata kita kelihatan segar, malah menampakkan kita lebih awet muda.

2. Tidur yang Mencukupi

Sudah pastinya tidur yang mencukupi menjadi salah satu cara untuk menyegarkan mata. Ini kerana apabila kita mendapat tidur yang cukup, badan kita akan mengembalikan semula tenaga yang kita gunakan seharian untuk bekerja. Mata kita juga mendapat rehat yang cukup dan mengelakkan dari mata kita mudah mendapat sakit atau kelesuan semasa bekerja.

3. Gunakan Bahan Semula Jadi Untuk Menyegarkan Mata

Tips ini sangat menjimatkan anda. Anda tidak perlu bazirkan banyak duit untuk mendapatkan mata yang segar. Anda hanya perlukan letakkan hirisan timun dimata anda bagi mengembalikan kesegaran mata anda.

Selain menggunakan hirisan timun, anda juga boleh menggunakan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang teh yang sudah digunakan dimata anda selama 10 hingga 15 minit. Ini dapat mengembalikan kesegaran selepas seharian anda bekerja.

4. Gunakan Penanggal Mekap

Mata sangat sensitif kepada bahan kimia yang dijadikan alat solekan mata. Bagi golongan wanita, pemakaian mekap yang terlalu lama akan mengakibatkan mekap menjadi luntur dan memasuki mata.

Gunakan penanggal mekap yang sesuai dan selamat untuk menanggal mekap yang anda pakai dibahagian sekeliling mata. Gunakan kapas atau tisu lembut untuk menyapu mekap.

Elakkan menggosok dengan kuat kerana dikhuatiri dapat mencederakan mata anda atau mekap memasuki mata, selain dapat mengelakkan daripada sel dibahagian mata menjadi rosak.

5. Gunakan Krim Mata Yang Sesuai

Jangan kedekut untuk membelanjakan duit untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata. Terdapat pelbagai jenis krim penjagaan mata yang ada di pasaran.

Belilah krim mata yang bersesuaian dengan anda yang mengandungi bahan organik yang dapat bekalkan nutrisi secukupnya.

Anda haruslah mendisiplinkan diri untuk memakai krim mata sebelum anda masuk tidur setiap hari bagi mendapatkan kecantikan dan kesegaran mata yang optimum.

6. Rawatan Mata Di Spa

Tidak salah sekiranya kita melaburkan sedikit duit untuk menjaga kecantikan mata. Asyik buat rawatan wajah je kan. Sekali sekala manjakan mata anda dengan rawatan di spa, apa salahnya kan!

Antara kelebihan yang akan kita perolehi dengan melakukan rawatan mata di spa ialah, ianya dapat mengembalikan mata kita yang kusam kepada yang lebih menyegarkan. Dengan rawatan mata ini jga, kita dapat mengembalikan ketegangan dan mata akan tampak lebih segar.

7. Memakai Cermin Mata

Bagi sesetengah orang, memakai cermin mata hanya untuk bergaya semata-mata. Namun tanpa kita sedar, cermin mata bukan sahaja untuk menampilkan gaya seseorang individu, malah untuk penjagaan mata juga.

Tahukah anda, sinaran UV daripada cahaya matahari mampu meningkatkan risiko seseorang individu untuk mendapat katarak mata dan melanoma?

Bagi menjaga mata anda, eloklah memakai cermin mata yang mempunyai perlindungan daripada sinaran UV seperti cermin mata yang dikeluarkan oleh Ibnusina iaitu cermin mata HD Eyewear. Sebolehnya, pakailah cermin mata semasa memandu atau melakukan sebarang aktiviti luar.



Bagi anda yang belum mengenali cermin mata ini, cermin mata ini dihadirkan dalam 3 jenis mengikut masa yang sesuai dengan lens. Sebagai contohnya Grey Lens sangat sesuai untuk waktu panas terik, Brown Lens untuk cuaca mendung, berjerebu atau berkabus. Manakala Yellow Lens pula sesuai untuk cuaca mendung, hujan dan juga waktu malam.

Antara kelebihan lain yang ada pada cermin mata ini ialah:

  1. Lens polarized
  2. Menapis sinar UV yang berbahaya
  3. Menyejukkan mata
  4. Penglihatan yang lebih jelas

Bagaimana Pula Testimoni Pengguna?

Penjagaan Mata


Beli sekarang di Ibnusina Eyewear Online Store. Promosi penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat