Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan Ketika Dalam Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan pasti akan ada yang dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak. Kerana cara permakanan yang tidak terkawal seperti beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut,tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Amat memedihkan dan adakalanya kesakitan dialami memberi kesan aktiviti di dalam bulan puasa seharian.
Punca Ulser Mulut
- Infeksi atau bakteria dalam mulut
- Kekurangan air
- Luka tergigit
- Keturunan
- Panas dalam
Tanda-tanda ulser mulut
- Rasa terbakar dalam mulut
- Kesakitan
- Tidak selesa
- Hilang selera makan
- Demam.
Cara Merawat Ulser Mulut
- Gunakan bahan kumuran antiseptik
- Sapu gel atau krim penahan sakit
- Kekalkan kebersihan mulut yang baik
- Makan makanan lembut, elakkan panas dan pedas
- Perbanyakkan minum air mineral
- Kurangkan makan daging