Pilihan Raya Umum Hampir Tiba, Ini Tips Mengundi Yang Korang Boleh Ikuti


Pilihan Raya Umum yang ke 15 bakal diadakan tidak lama lagi, tarikh 19 November bakal menjadi pembuka tirai baharu. Namun begitu, Pilihan Raya Umum kali ini tidak seperti ketika Pilihan Raya Umum yang lepas. Tahun ini teramat sengit dan pasti keputusannya sangat dinanti-nantikan.

Bagi mendapatkan pemimpian yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya, kita sebagai rakyat haruslah menjalankan tanggungjawab. Malah hari ini, individu yang berumur 18 tahun sudah layak untuk mengundi.

Tak sabar nak mengundi bagi memilih pemimpin yang terbaik untuk Malaysia? Mungkin korang yang baru pertama kali hendak mengundi boleh ikuti tips mengundi yang dikongsikan oleh Muna Mohammad di bawah ini. 

Pilihan Raya Umum Hampir Tiba, Ini Tips Mengundi Yang Korang Boleh Ikuti

1. Jangan pakai pakaian lambang parti

Pertama sekali, jangan pakai pakaian lambang parti, tidak kira sama ada baju ataupun tidur. Malah warna yang sama juga tidak digalakkan.

Jangan pakai baju lambang parti. Tudung pun. Warna yang sama takpa. Cuma tak boleh ada logo parti dan tak boleh ada tulisan nama parti. Tak kiralah wakil parti tu bertanding di situ atau tak. Kang naya, kena keluar daripada Pusat Mengundi dan tak boleh masuk buang undi pun.

2. Jangan pakai pakaian ada tulisan provokasi

 

Tips yang kedua, jangan sama sekali pakai pakaian yang ada tulisan provokasi. Contohnya, Mati lah UMngok ataupun apa-apa sebarang tulisan yang ada unsur menghina dan sebagainya.

Jangan pakai baju yang ada tulisan provokasi untuk masuk mengundi. Contoh : “Mati lah UMngok”, ataupun “KeADILan yang hilang” ataupun “Semoga tak lePAS”. (Disclaimer:contoh je tau). Cogankata atau tagline provokasi yang macamni boleh menimbulkan rusuhan kat depan Pusat Mengundi. Jadi, daripada korang jadi lauk dek kerana ada golongan fanatik di pondok panas sebelum ke kawasan Pusat Mengundi tu, toksahlah cetuskan provokasi. Ingat, rusuhan rusuhan pada hari hari mengundi hanya akan membuang masa, dan melambatkan proses pengundian.

3. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan

Tips yang ketiga, jangan lupa bawa kad pengenalan sendiri. Penampilan juga haruslah selari dengan kad identiti korang.

Datang bawa IC sendiri. Ye. Bawaklah IC sendiri. Jika di IC dan sijil kelahiran kita memang “binti”, janganlah pula kita kelihatan bagai “bin” kepada bapa kita. Penampilan biar selari dengan kad identiti kita. Kalau sudah terlajak perahu yang tidak boleh diundur (dah terbuat operation jantina), isi borang pengesahan identiti supaya boleh dibenarkan mengundi. Bisik bisik sudahlah kat petugas. Tak perlu kecoh sedunia pun bab ni.

4. Jangan buat undi rosak

Selain tidak bercakap perkara-perkara pelik, korang pun jangan lah buat undi tu rosak. Satu kerugian yang besar tau. Pastikan juga korang pillih wakil rakyat yang terbaik, tiada rekod rasuah dan berjiwa rakyat.

Jangan bercakap benda pelik pelik, dan jangan buat undi rosak. Mengundi sebab itu tanggungjawab kita dan dukunglah sistem demokrasi negara dengan aman dan bijaksana. Bab korang nak pilih siapapun, tak payah kita bincangkan di sini secara terbuka. Cuma harapnya, jangan dok pilih dah orang yang ada rekod rasuah jadi wakil rakyat. Paling penting, kena tengok juga rekod prestasi mereka ni, samada dulu zaman pegang kuasa memang buat kerja atau cuma penuhkan poket sendiri saja. Saya percaya, orang tempatan kebanyakan dan kakitangan kerajaan berkaitan yang pernah bekerja dengan seseorang individu tersebut yang menjadi calon, tentu tahu “performance” mereka ni.

Last but not least, doakan semoga Malaysia pada masa akan datang selepas PRU nanti adalah LEBIH BAIK lagi hendaknya.

Demi anak cucu kita. Demi generasi akan datang.

tips mengundi

Selamat mengundi semua, pilihlah wakil rakyat ataupun calon yang terbaik untuk tanah air dan anak cucu kita. Semoga tips mengundi ini dapat membantu korang sedikit sebanyak. Ayuh kita sama-sama doakan yang terbaik untuk negara kita!

Sumber: Facebook Muna Mohammad

Baca juga: Menjelang Pilihan Raya Umum – Tun Dr Mahathir Kongsi 32 Fakta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat