Graduan Kejuruteraan Jadi Tukang Cuci
Setelah tamat pembelajaran di universiti, Siti Nursyazalina Zailani, 26, telah menghabiskan beberapa bulan untuk mencari kerja dalam bidang yang berkaitan.
Setelah beberapa permohonannya di tolak, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mahu membuang masa dan mengambil peluang kerja sebagai tukang cuci dengan sebuah agensi Maideasy. Keputusan itu juga didorong oleh niatnya untuk membantu emaknya yang juga seorang ibu tunggal untuk menyara keluarga.
“Saya tertarik dengan kerja ini kerana waktu kerja yang fleksibel, dan jika saya bekerja keras, saya boleh dapat RM2000 atau lebih sebulan,” kata beliau pada The Malaysian Insight.
“Saya tidak mempunyai masa untuk memilih kerja kerana saya berasal dari Ipoh dan ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan menolong mak saya.”
Nursyazalina juga memberitahu yang dia diupah sebanyak RM80 untuk setiap rumah yang dia bersihkan. Skop kerjanya termasuklah mengemas rumah, mengemop lantai, dan juga membersihkan tandas. Agensi berkenaan mengammbil RM20 komissen untuk setiap kerja.
“Saya bekerja 8 jam sehari, lima hari seminggu, dan saya boleh mendapat gaji sama atau lebih daripada graduan universiti yang lain”
Adiknya, Siti Nurdiyana, 21, yang juga seorang pelajar akauntan di kolej telah mengikut jejak langkah kakaknya itu untuk menolong keluarga mereka.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, 54,867 atau 23.9% daripada 228,568 graduan universiti di seluruh negara pada tahun 2015 gagal untuk memperoleh pekerjaan dalam masa 3 bulan selepas tarikh konvokesyen mereka.
Jadi kesimpulannya, graduan sekarang tidak sepatutnya terlampau memilih untuk bekerja. Ambil saja peluang yang ada di depan mata dan jadikannya sebagai pengalaman untuk membina prospek kerjaya yang lebih cemerlang di masa hadapan.