(AL-FATIHAH) Abam Bocey Meninggal Dunia

Sumber Rujukan : Gempak

10 Feb 2020 – Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada hari ini, Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan memberitahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas ke kediaman Abang dan ya, dia sudah tidak bernafas, ” katanya gagal mengawal emosi. Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindakbalas daripada dia, ” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat