Apakah Punca Yang Menyebabkan Seseorang Itu Mengalami Rabun Silau? Bagaimanakah Pula Cara Untuk Mengurangkannya? – Daily Rakyat

Apakah Punca Yang Menyebabkan Seseorang Itu Mengalami Rabun Silau? Bagaimanakah Pula Cara Untuk Mengurangkannya?


Selain rabun jauh dan rabun dekat, ada lagi satu masalah mata yang sering dihidapi oleh ramai orang iaitu rabun silau. Mungkin bagi korang tak teras sangat bila tengah hari, tapi bila waktu malam, Tuhan je tahu betapa susahnya nak drive kan.

Mungkin ada diantara korang yang silau tetapi tidak berkaca mata sebab kononnya tak nak bagi tambah power lah, tak nak ajar pakai cermin mata  dan pelbagai lagi alasan.

Apa itu rabun silau?

Rabun silau atau nama lainnya ialah astigmatisme. Rabun silau sangat memberi kesan kepada penglihatan pada waktu malam terutama sekali semasa memandu. Gangguan penglihatan ini berpunca daripada kelengkungan kornea mata yang tidak sekata.

Kelengkungan kornea mata yang tidak sekata akan menyebabkan imej yang kita lihat tidak dapat difokuskan kepada satu titik sahaja. Ia akan menghasilkan beberapa titik fokus kepada retina yang akan mengakibatkan imej yang kita lihat tidak jelas. Rabun silau ini juga mengakibatkan kita rabun pada satu-satu jarak tertentu.

Gejala Yang Kerap Dihadapi Oleh Penghidap Rabun Silau

1. Imej yang dilihat kurang jelas.

2. Mata akan cepat letih.

3. Sakit kepala.

4. Susah untuk memandu pada waktu malam.

5. Mata sering berkelip atau menutup mata.

Punca Rabun Silau

Sebenarmya belum ada kajian yang mampu merungkaikan apakan punca rabun silau yang lebih spesifik. Namun beberapa simptom atau punca yang dapat dikaitkan kenapa terjadinya rabyn silau telah banyak dibuat oleh pakar mata.

Bagi mata yang normal, gambaran imej yang masuk kedalam mata akan menjadi kepada satu titik fokus sahaja. Manakala bagi penghidap rabun silau, imej yang dilihat menggunakan mata akan membentuk kepada beberapa titik fokus yang mengakibatkan imej tersebut menjadi kabur. Korang boleh tengok gambar di bawah yang menunjukkan lebih jelas bagaimana terjadinya gejala ini.

Keadaan ini mengakibatkan retina mata tidak dapat fokus pada satu titik fokus sahaja. Hal ini lah yang menyebabkan kita hanya nampak sebahagian sahaja daripada imej yang kita lihat pada satu-satu jarak tertentu.

Kaedah Rawatan Yang Disyorkan

1. Memakai Cermin Mata.
Memakai cermin mata merupakan salah satu pilihan utama bagi individu yang mengalami astigmatisme. Ini tidak dinafikan kerana cermin mata sangat senang untuk dipakai dan agak selesa.

2. Kanta Lekap
Selain cermin mata, kanta lekap juga nerupakan salah satu pilihan. Namun bagi pengguna kanta lekap, korang kena hati-hati lah yee, sebab sekarang ni dah banyak kanta lekap yang tiruan. Telah ramai pengguna kanta lekap yang sudah mengalami kecederaan apabila memakai kanta lekap secara tidak betul dan paling menyedihkan ada yang mengakibatkan pengguna buta.

3. Rawatan Laser atau Pembedahan
Rawatan ini juga menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Kaedah rawatan ini adalah untuk menghapuskan kelekungan kornea yang tidak sekata. Sebelum kroang dapatkan rawatan ini, lebih baik korang semua dapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu.

Rabun Silau

Kaedah Lain Yang Dapat Dilakukan Adalah Menggunakan Cermin Mata HD Eyewear Dan HD Aviator Dari Produk ibnusina

Mesti ada yang duk tanya-tanyakan, betul ke cermin mata ni berkesan, harga berpatutan ke, dan banyak lagi kan? Untuk pengetahuan korang semua, HD Eyewear terdapat beberapa jenis mengikut kesesuaian masa yang akan kita gunakan.

HD Aviator pula dilengkapi dengan lapisan polarized yang dapat menghalang silau serta dpat meningkatkan kontras warna sekeliling kita. Teknologi ini membantu mengurangkan senak dan keletihan pada mata apabila kita berhadapan secara terus dengan cahaya.

Jom kita tengok apa kata pengguna yang telah menggunakan cermin mata HD Eyewear dan HD Aviator

Antara kelebihan yang korang pasti dapatkan dengan menggunakan cermin mata dari ibnusina ini ialah:

  1. Mengurangkan silau.
  2. Menyejukkan mata.
  3. Menapis sinar UV merbahaya.
  4. Pemanduan lebih fokus.
  5. Mengurangkan kepenatan mata.
  6. Lens POLARIZED.
  7. Menjadikan penglihatan lebih jelas.
  8. Warna lebih terang.
  9. Reka bentuk yang mengikut trend terkini.

Fungsi Polarized Yang Wajib Korang Tahu

Lens polarized membantu dalam menapis cahaya silau yang datang daripada permukaan yang rata seperti cermin, air, dan seagainya. Lapisan ini hanya akan membenarkan cahaya yang berorientasikan vertikel sahaja untuk melepasi dan seterusnya menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, terang dan selesa kepada pemakainya.

Semoga apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu korang semua dalam mengurangkan masalah silau korang. Dan yang paling penting dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku semasa korang tengah drive lebih-lebih lagi bersama keluarga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat