Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Pada Waktu Bekerja
Mengantuk sewaktu bekerja itu perkara biasa. Ada yang memilih untuk tidur sekejap dan ada juga yang cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada mengantuk. Perkara yang paling sukar untuk hilangkan mengantuk terutama selepas makan tengah hari. Jika anda tidak mahu tidur sekejap, apa kata anda cuba tips ini bagi mengelakkan mengantuk.
CARA HILANGKAN RASA MENGANTUK
-
Tarik Nafas
Apabila anda menguap, itu bermakna kandungan oksigen di dalam otak anda berkurangan. Anda perlu cuba tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 5 saat. Kemudian hembus nafas selama 5 saat. Ulang beberapa kali sehingga hilang rasa mengantuk.
-
Berborak
Terlampau tekun membuat kerja juga boleh mengundang rasa mengantuk. Berehat sekejap dan berborak dengan rakan. Kerana bercakap boleh membuatkan otak anda kembali aktif dan hilang rasa mengantuk.
-
Minum Air
Basahkan tekak sama ada dengan minum air kosong ataupun air berperisa. Kopi bukan penyelesaian untuk mengelakkan mengantuk. Anda seharusnya minum teh hijau kerana ianya lebih menyihatkan serta boleh membuatkan anda berasa lebih segar. Jika ianya tidak berkesan, tidurlah sekejap sekurang-kurangnya 15 minit kerana ia diyakini mampu hilangkan rasa mengantuk dan mencergaskan minda anda kembali.
-
Lakukan Regangan Badan
Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan anda mengantuk. Anda perlu membuat regangan badan ataupun senaman ringkas supaya hilang rasa mengantuk. Tidak perlu berlari, cukup sekadar membuat senaman kepala, bahu, meregangkan tangan dan pinggang sahaja. Lebih baik jika anda berjalan sekejap di dalam ruang pejabat.
-
Basahkan muka
Basahkan muka dengan air. Sama ada membasuh wajah atau lap muka dengan tisu basah. Anda pasti akan berasa segar kembali.
-
Jangan Tinggal Sarapan Pagi
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan pagi diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk bekerja dan seterusnya dapat mengikis rasa mengantuk akibat lapar.
-
Tidur yang Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu sebab rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.
-
Motivasi Diri
Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi. motivasi yang tinggi di dalam diri kita mampu meningkatkan semangat untuk kita bekerja.
Kualiti kerja yang bagus sememangnya bermula dari tubuh badan yang cergas dan mampu berfikir di luar kotak. Semoga perkongsian kali ini mampu memberi kesan yang positif dalam pekerjaan kita.