Paras Laut Meningkat, 20 Juta Penduduk Bangladesh Bakal Hilang Tempat Tinggal?


Dunia hanya pinjaman dan mereka yang hidup di atas dunia ini hanya sementara. Bergantung kepada ketetapannya, sama ada hidup lama berpuluh-puluh tahun ataupun belasan tahun. Begitu juga dengan apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku.

Bahkan perkara yang tidak pernah kita sangkakan juga turut berlaku. Seperti fenomena alam, banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya. Lihat sahaja hari ini, tidak usah pergi jauh ke negara luar, lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Banjir secara tiba-tiba di beberapa tempat yang tidak pernah banjir selama ini, akhirnya banjir. Semua itu adalah ketetapannya, kita harus redha. Di sebalik ketetapannya itu pasti ada ‘sesuatu’.

Paras Air Laut Meningkat, 20 Juta Penduduk Bangladesh Bakal Hilang Tempat Tinggal?

Apa penyebab berlakunya banjir? Bermacam-macam penyebabnya, antaranya adalah perubahan iklim yang menyebabkan paras air laut meningkat. Seperti mana yang berlaku di Bangladesh pada ketika ini. Kira-kira berjuta-juta orang Bangladesh hilang tempat tinggal dan punca pendapatan akibat dari perubahan iklim tahun ini.

Menurut Malaysia Kini, lebih 7.1 juta penduduk Bangladesh kehilangan tempat tinggal akibat perubahan iklim yang berlaku pada tahun ini. Manakala menurut WHO, jumlah penduduk terjejas boleh mencecah 13.3 juta menjelang tahun 2050.

Manakala menurut anggaran pula, peningkatan paras laut akibat dari perubahan iklim ini bakal menenggelamkan sekitar 17 peratus daratan pantai negara Bangladesh. Menjelang tahun 2050, lebih kurang 20 juta orang bakal hilang tempat tinggal.

Ekoran dari perubahan iklim ini, Kementerian Luar Bangaldesh turut menjelaskan bahawa perubahan iklim menjejaskan satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) setiap tahun. Pasti ada yang mengetahui, bahawa Bangladesh merupakan salah satu daripada tujuh negara yang paling berisiko dalam indeks Risiko Iklim Global 2020.

Menurut pakar iklim Bangladesh, Shafi Mohammad Tareq berkata, penghijrahan penduduk berlaku apabila keperluan asas seperti air, bekalan makanan dan peluang kerja terganggu ataupun musnah.

Bukan itu sahaja, ada beberapa wilayah di Bangladesh yang mengalami masalah bekalan air bersih yang teruk. Masalah itu timbul apabila ada kehadiran besi dan arsenik dari sumber air bawah tanah. Dalam masa yang sama, beberapa masalah kesihatan, kesejahteraan fizikal dan mental turut muncul apabila masyarakat di negara tersebut berhijrah dan berpindah.

Apa penyebab perubahan iklim?

Itu merupakan salah satu kesan buruk akibat dari berlakunya perubahan iklim. Namun apa siapa penyebab berlakunya perubahan iklim ini? Tak lain dan tak bukan adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri. Kesan perubahan iklim pada masa depan ini adalah salah satunya bergantung kepada usaha-usaha negara-negara untuk mengurangkan pembebasan gas. Apa pun, semoga ada berita baik buat penduduk dan masyarakat Bangladesh.

Sekadar makluman, Bangladesh merupakan sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan. Bangladesh ini juga bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur. Turut bersempadan dengan Myanmar di sebelah tenggara dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Manakala ibu negara bagi negara tersebut adalah Dhaka.

Sumber: Malaysia Kini & Wikipedia

Baca juga: Digomol Bertalu-Talu Oleh Permaisuri Agong, Ramai Cemburu Dengan Adik Ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat