MOANA : ITULAH DAJJAL

Sumber Rujukan : Suhaimi Zulkefli

Aritu tak sabaq nunggu animasi terbaru keluaran Disney – MOANA (Tayangan Malaysia – 1 Disember 2016).

Filem Animasi – pecahan genre yang PALING aku percaya papan ceritanya mesti terbaik kerna pembikinan animasi lebih terkawal di monitor.

Berbeza filem manusia ney, dalam skrip tulis lain, datang set shootnya lain. Pastu tintong…

Jadi, aku heretlah anak bini aku gi IOI MALL, Puchong layan MOANA.

Tayangan mula. Subhanallah!! Indah nak mampuih latar tempat yang depa cipta. Kami dok geram kat ayaq laut dia. Biasa laa orang Langkawi, kompom rindu laut. Anak aku Uwais Darwish (8 bulan) terpacak gelihati layan ayam jantan juling tu.

Setengah jam berlalu…
Watak MOANA belayar tinggalkan pulau cari MAUI.

Anak aku dah hanyut ke tengah laut. Bini aku khusyuk gelak sensorang. Aku…? Terdiam.. Rasa-rasa macam panas skit.

Tapi aku stay lagi, nengok sampai mana depa berjaya mainkan aku. Tak habaq kat bini sebab tak mau kacau dia. Sambil dok cari jawapan macamana filem ini lulus tayang kat Malaysia siap bagi rate PG13?

Filem tamat. Aku bagi bintang 8/10. Best. Cuma aku mula fikirkan tulisan ini tanpa pikir bahasa pengulas filem lagi. Biar aku dikutuk walaupun aku lepasan pelajar filem dan juga pemain industri, tapi sebab AKU ISLAM.

“…Takkan aku nak buang ISLAM depan pintu panggung hanya semata mendabik FILEM…?”

maona itu dajjal 2

BRAVO JEWS – AKU TEPUK TANGAN.

Hampa berjaya buat pakcik makcik kat LPF (Lembaga Penapisan Filem) sana luluskan filem nie masuk Malaysia. Haluih ja hampa bagi. Semua pakat juling tengok kulit. Isi dalam depa biaq.

Macam depa lupa hadis NABI MUHAMMAD S.A.W yang panjang cerita pasal DAJJAL.

Ya, MOANA adalah filem tentang AL MASIHI DAJJAL Laknatullah ‘Alaih

– DAJJAL yang diselamatkan dan cuba selamatkan DUNIA serta menyebarkan fitnah akhir zaman yang dibawanya – fitnah itu cuba dibawa melalui filem ini.

Depa kata ini mitos ja. Kecoh apa. Nak tanya, antara mitos dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mana lagi kena ikut?

Aku tak kisah depa buat Dajjal sekalipun dalam filem sebab dah banyak depa buat. Masalahnya filem ini gambarkan tanah suci MAKKAH & MADINAH bila akhir zaman nanti, dan cara ceroboh masuk ke dalamnya hingga Dajjal berjaya. Itu yang aku marah!!

Okey salah aku pikir terlalu dalam, tapi jangan salahkan aku ‘nanti’ kalau aku tak bagitau.

Tak perlu aku cerita & jadi movie SPOILER sebab NABI MUHAMMAD S.A.W dah cerita lama dulu lagi. Hampa buat taktau sebab tu kena kencin.

**********
SINOPSIS MOANA :
MOANA seorang gadis bakal pemimpin, menaiki kapal tinggalkan pulau yang tidak subur tanamannya mati kerana ‘sesuatu’ sumpahan. Dia perlu mencari MAUI (manusia yang mengaku Tuhan) untuk suburkan balik pulau dia. MAUI telah bersembunyi/dipenjarakan di sebuah pulau misteri selama beribu tahun dan hanya menunggu dibebaskan.

Tengah laut yang luas, MOANA perlu ikut arah bintang yang akan membawanya ke pulau MAUI. Dalam perjalanan, ribut serang dan MOANA terdampar di pulau yang banyak bongkah batu bertulis. MAUI keluar gembira dan mereka berdua perlu dapatkan mata kail MAUI(sumber kekuatan) yang disimpan raksasa ketam.

Tugasan terakhir adalah menyerang kepulauan Te Fiti yang sekelilingnya dikawal gergasi berapi. MAUI gagal masuk ke dalam pulau itu, lalu MOANA mewakilinya dan memperdayakan gergasi berjaya menyusup hingga ke tengah pulau dan berdiri di tengah puncak bukit. Endingnya depa berjaya kembalikan Heart Te Fiti, dan bila ayah MOANA percaya tentang MAUI, akhirnya pulau itu kembali subur.

maona itu dajjal

**********
Ya, watak MAUI digambarkan sebagai DAJJAL yang akan diselamatkan dan keluar ‘menyelamat’ dunia.

Pengakuan oleh pencipta karektor MAUI – sebenarnya ada subtext tentang ‘sesuatu’ yang depa nak sampaikan kepada penonton, boleh baca perenggan terakhir temubual depa di sini – http://www.insidethemagic.net/…/interview-disney-animators…/

PETIKAN HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebut bahwa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “…jika Dajjal merupakan orang yang memiliki ciri-ciri mata kirinya buta, rambutnya lebat dan kerinting, tampak selalu awet muda, badannya besar agak kemerahan sehingga jika dilihat dari belakang ia seolah-olah tampak seperti dahan kayu yang rimbun…”

Menurut riwayat, Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan…” – Petikan Hadis Nabi Muhammad S.A.W

#MOANA – itulah fizikal character MAUI dalam filem ini. Dan pengakuan diri sebagai Tuhan. Serta salah satu tatto dibelakang MAUI adalah gambaran dirinya menguasai matahari. Sangat jelas dan besar.

Kalau nak tau apa kaitan tulisan di batu-batu kat pulau MAUI, klik baca kat sini, http://kisahtauladan354.blogspot.my/…/asal-usul-keluarga-da…

15370196_10211394931977371_3358994181049418767_o

2. PETIKAN ASAL USUL DAJJAL MENGIKUT IMAM AL-BARZANJI

Asal usul Dajjal adalah manusia yang lahir sejak zaman Nabi Ibrahim. Dajjal dibuang keluarga dan semenjak zaman itu, Dajjal dipenjara dan dirantai di sebuah pulau asing jauh dari manusia. Bila kiamat semakin hampir, barulah Dajjal akan lepas dari penjara dan keluar dari pulau tersebut jika Allah S.W.T sudah menghendakinya.

#MOANA – dalam filem ini, MAUI mengaku asal usulnya daripada manusia, dibuang ibunya ke laut. Sama asal-usul Dajjal hinggakan kisahnya dijadikan tatto dibelakang badan MAUI.

3. HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W YANG PANJANG
Baca penuh di https://johneox.wordpress.com/asal-usul-dajjal/

“…Aku (Rasulullah) ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya…”

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

#MOANA – dalam filem ini, digambarkan MOANA sedang menaiki kapal, diserang ribut lalu terdampar di sebuah pulau misteri dan bertemu MAUI. Depa bersoal jawab perkenalkan diri. Situasinya sama.

moana itu dajjal

4. KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“…Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”

#MOANA – dalam filem ini, ayah MOANA tidak mempercayai MAUI. Akibat itu, perkampungan mereka tidak subur dan tanaman-tanaman depa kat pulau tu mati. Satu kampung hidup dalam tekanan. Lalu MOANA keluar mencari MAUI mohon pertolongan, dan akhir cerita kampung itu subur tanamannya.

maona itu dajjal

5. HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W YANG PANJANG

Kata orang besar(Dajjal) itu lagi: “…Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya…” – Hadis Riwayat Muslim

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah..” – Petikan Hadis.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah S.A.W ada bersabda: “…Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu…”

#MOANA – klimaks filem ini menggambarkan MOANA dan MAUI menyerang kepulauan gunung berapi berbentuk cincin yang mempunyai laguna di tengahnya. MAUI (Dajjal) tidak dapat menceroboh pintu masuk pulau itu kerana dikawal gergasi berapi bernama Te Fiti (adakah ianya malaikat yang mengawal sekeliling tanah suci?)

MAUI (Dajjal) hanya berani serang di pinggir pulau sahaja. Tetapi MOANA sebagai wakil manusia berani menyusup masuk menggunakan tipu-daya lalu berjaya menginjak di tengah2 kepulauan kawalan gergasi tadi (adakah ianya Ka’abah?)

Akhirnya MOANA dan MAUI berjaya menguasai kepulauan itu. Dan Tuhan Segala Tuhan merestui mereka.

Pengakuan oleh pencipta karektor MAUI - sebenarnya ada subtext tentang 'sesuatu' yang depa nak sampaikan kepada penonton, boleh baca perenggan terakhir temubual depa di sini

Pengakuan oleh pencipta karektor MAUI – sebenarnya ada subtext tentang ‘sesuatu’ yang depa nak sampaikan kepada penonton.

Na’uzubillah… Korang faham kan apa yang bermain dalam minda aku?

*** dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita sahaja.

Wallahu’alam … Semoga beroleh manfaat dan kita, anak, cucu dan cicit kita dijauhi fitnah Al Masihi Dajjal Laknatullah ‘Alaih dan tidak hidup di zamannya.

Amin. MOANA masih di pawagam. Pergilah tengok.

Tulisan dari : Suhaimi Zulkefli

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat