Dari Hidup Foya-foya Dengan Ujian Cancer Allah Tinggikan Darjat Beliau Ali Banat
Kadang-kadang Allah jadikan sakit sbgai asbab kita menjadi lebih baik lebih brtaqwa dan lebih mnghargai segala nikmat yg Allah kurniakan. Sebab tu hidup di dunia ni jangan keduniaan sangat. Nak bljr ttg hidup sila ke hospital, kubur, penjara, sesi mandi dan kafan jenazah.
Beliau beruntung kerana dapat mengetahui dari Allah akan kematiannya. Beliau boleh fokus pada ibadah selama masa hidupnya. Tiada lagi kecintaan pada dunia. Sedangkan kita masih mampu goyang kaki.Walhal kita pun bila-bila masa saja boleh mati.
Kaya itu ujian disebalik kekayaan ada hikmah yang tersembunyi jika kita guna kekayaan untuk kebaikan In sha Allah dibalas dengan kebaikan, jika kita guna semata-mata untuk kebendaan maka rugilah kita,apapun kaya, miskin,sihat sakit semuanya ujian Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan setiap apa yang Allah dah tentukan dalam kehidupan kita.
Beliau adalah ALI BANAT, anak tunggal jutawan australia. Orang yang hidup dengan kemewahan, pendek kata orang muda yang hidup dalam kemewahan. Sehinggakan selipar jepun dia pun harga AUD700. Orang yang betul-betul kata. Namun Allah uji dia dengan sejenis penyakit iaitu CANCER. Doktor memberitahunya bahawa paling lama dia hidup adalah 6 bulan. Kehidupanya berubah dari dari anak muda yang enjoy kepada hamba Allah yang bertakwa. Allah memberinya peluang untuk berubah. Dia mulakan foundation badan yg bantu orang-orang susah. MATW foundation kebanyakan dibahagian Afrika. Masjid, sekolah, rumah anak yatim, dam air, korban. Doktor kata 6 bulan akan tetapi Allah bagi dia 3 tahun extra untuk hidup. Harini sebelum waktu magrib waktu australia, dia meninggal dunia. ALLAH mengambil beliau di bulan ramadhan. Dari hidup foya-foya dengan ujian cancer Allah tinggikan darjat dia.
Surah al munafiqun ayat 10 :
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”