“Dah Puas Hati?” Neelofa Luah Rasa Sedih, Gambar Anak Diedit Individu Tak Bertanggungjawab


Sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anak-anak pastinya tidak mahu apa-apa kejadian buruk yang berlaku kepada anaknya. Semenjak dari kecil, dijaga dengan penuh kasih dan sayang. Walau seekor nyamuk pun tidak dibiar gigit.

Siapa pun kita, orang kaya, orang miskin, orang kenamaan ataupun orang biasa, anak pasti akan dijaga dengan sebaik mungkin. Jika si anak merasa sakit, kita sebagai ibu dan bapa juga turut terasa. Lihat sahaja hari ini, berapa ramai para ibu yang sanggup mengambil cuti demi merawat anak yang tidak sihat.

Namun seorang anak, tidak mungkin sanggup berkorban sedemikian rupa. Malah seperti mana yang heboh berkenaan dengan seorang artis Malaysia iaitu Neelofa yang mana cukup menyayangi permata hatinya. Sehinggakan tidak berkongsi wajah anaknya, Bilal ke media sosial.

“Dah Puas Hati?” Neelofa Luah Rasa Sedih, Gambar Anak Diedit Individu Tak Bertanggungjawab

Namun terbaharu, Neelofa meluahkan rasa sedih apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mengedit gambar wajah anak kepada bekas pengacara meletop ini.

Neelofa, yang mana berumur 33 tahun telah meluah rasa sedih di Insta Story miliknya apabila ada individu yang mengedih wajah Bilal menjadi orang lain. Dek kerana gambar anaknya itu diedit sedemikian rupa ia membuatkan hati Neelofa terguris.

Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambat yang edit fake tu.. dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakhbar..“. luah Neelofa.

Tolong jaga sikit perasaan orang..

Dalam masa yang sama, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor turut meminta orang ramai supaya menjaga perasaan orang dan tidak melakukan perkara yang melampau. Seperti mengubah gambar anaknya, Bilal demi kepuasan diri sendiri sehingga menimbulkan fitnah dan kata-kata tidak baik.

“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati.. benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tak baik. 

Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa. “. tulis Neelofa.

neelofa sedih

Mungkin netizen mula berasa marah dan bengang kerana Neelofa seringkali menyembunyikan wajah anaknya setiap kali dimuat naik ke laman sosial. Manakala gambar yang viral itu pula diambil oleh peminat ketika Neelofa berada di tempat awam.

Sebagai seorang ibu, memang wajar hati terguris tatkala melihat gambar anak yang disayang, dicinta, dibelai diedit kepada rupa lain. Anak terluka sedikit pun kita sudah risau, ini apatah lagi anak diedit wajahnya dan ramai yang menghujat dengan kata-kata yang kurang sedap dibaca.

Semoga selepas ini rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan peminat, haruslah lebih berhati-hati dalam isu sebegini. Ini bukanlah gurauan ya.

Sumber: Instagram Neelofa 

Baca juga: Syahmi Sazli Hadiahkan Iphone 14 Buat Pekerjanya Yang Terpilih Dapat Pujian Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat