Perkongsian Shaari Anuar Buat Mereka Yang Berumur 40 Tahun Ini Wajib Dibaca!
Clients saya, minta nasihat kewangan bagi persediaan untuk mereka suami isteri yang nak masuk umur 40 tahun tahun 2018. Kata orang, umur 40 tahun ni, bermula episod baru,, “life begin at 40….”. Masa ni ramai yang tambah bini…
Ok lagi, yang menambah hutang pon ramai juga. Yelah start business agak lewat. Tu sebabnya, tengah muda, kau patut ambil lebih risk. Run busines.
Btw, masuk 40 tahun kau sepatutnya tenang dari bebanan hutang, life style sepatutnya semakin seronok, kewangan dah stabil,..
Kalau kau berjaya berada dalam kelompok tu, tahniah ,,,
Jika belum, jangan risau, ada masa lagi untuk kita nak kejar.
Ini hasil topic discussion kami..
1. Pendapatan dan Gaya Hidup.
Umur 40 tahun ni. kalau belum kaya lagi tak pe, janji masa ni, tak teruk negative cash flow.
Kata orang, kalau zaman remaja makan magee kerana terpaksa,
Tapi kali ini magee ni sebagai satu menu pilihan,
Mungkin ketagihan pasal dah terbiasa dari
Zaman muda.
Bukan duit tak ada.
Untuk mereka yang saving tak berapa nak ada lagi.
Cuba buat budget setiap awal bulan secara bertulis,
Mana duit pergi tinggalkan kita….dan tulis sekali, simpanan yang korang buat…
Mana tahu, setiap hari makan luar, satu family, pasal bini malas masak.
Tak pe, kau slow talk dengan bini kau.
Tapi, kau jangan lah kuat isap rokok dan bervape pulak.
Yang penting, saving tabung haji kena penuh suami isteri dalam 10k sorang.
Set kat mind, nak pi haji sebelum meninggal.
2. Check kredit facilitiies.
Tengok hutang hutang rumah, hutang kereta, personal loan, hutang belajar.
Untuk mereka yang 40 ni, tak ada hutang PTPTN macam budak budak sekarang sampai kena CCRIS.
Yang penting, segala loan tu kena cantik, selalu bayar ontime.
Kalau pakai kredit nak booking hotel, yelah cuti sekolah sekarang, bawa anak melancung.,
Kalau mampu, bayar penuh terus sebelum due.
Again, Kalau boleh, dah masuk 40 ni, cuba kurangkan hutang, dan fokus untuk bayar cepat cepat….
Ianya akan memberi kita lebih kredit facilitity, dengan Debt Service Ratio yang baik..
Bukan apa, bila kredit kita cantik, kalau kita terpaksa meminjam lagi contohnya nak upgrade
rumah idaman ke.
Yelah, umur sebegini, teringin jugak jugak rumah ada tanah, ada laman, boleh bercucuk tanam, kan?
3. Orang putih cakap, “keep up with the Joneses, nobody win”
Budaya yang berlumba kereta sapa paling besar, bag tangan sapa paling mahal, tudung sapa paling banyak batu Swarozki, , kau jangan masuk campur.
Tapi kalau kau tengok jiran kau tu, asyik berjemaah je, baca quran je, yang tu kau lawan.
Macam ada jiran dekat rumah saya ni..,
Anak anak dibelikan rumah harga juta juta sorang.
Tapi, subuh , asyik muka dia je kat masjid . Adusss.
4. Antara kerja gila ialah berimpian setinggi klcc, tapi hari hari membuat routine yang sama,
Dan of course, mengharap result yang berbeza.
Umur 40 ni, kena improve banyak benda, tambahkan skill….
Skill nak jadi Juru Perunding saham amanah macam kami pon ok
Kau bukan saja diajar skill jualan, ilmu kewangan termasuk takaful dan wasiat diajar sekali.
Tak rugi tambah skill dan ilmu.
Trust me, setinggi mana pon jawatan kau, besar mana pangkat korang,
Segempak mana pon brand company kau bekerja, jangan nak sombong terlebih..
Segala takan last forever, banyak company antarabangsa yang besar besar buang pekerja.
Tutup terus pon banyak.
Korang kena ada back up plan lah, saving kena ada untuk survivor..
Korang kena ingat, umur kau masuk 40an ni, gaji besar, kemungkinan nak kena tu buang tu agak tinggi..
Depa train budak fresh, bayar 3k, instead of bayar gaji kau 10k, mereka dah save kat situ.
5. Janganlah expect nak bekerja sampai tua pulak.
Yang penting, kena ada perancangan untuk bersara, simpan duit dari usia muda.
Lagi awal kau menyimpan, of couse lagi elok.
Korang biasa dengar orang cakap kan..”I love my job and plan to work forever..”
Masalahnya, apa akan berlaku jika badan kau dah tak mampu bekerja, sakit diusia 40 tahun…
Menyimpanlah, ianya tidak pernah ada istilah terlalu cepat atau dah terlambat untuk nak mulakan..
6. Ambik polisi perlindungan Takaful, cari coverage yang boleh mengurangkan beban kewangan seperti jika ada musibah.
7. Jaga rumahtangga, jodoh maut ditangan Tuhan, tapi kena berusaha untuk mengekalkan jodoh kita semua dengan pasangan.
Tua tua pon ramai yang bercerai, bila salah seorang dari pasangan jatuh cinta lagi dengan orang lain..
Of course biasanya yang lagi muda.
Semoga kita dijauhkan.
Bila berlaku kes penceraian, pernah kajian di US, mengatakan kita bakal kehilangan 60% dari saving kita..
Punca yang utama ialah, kes mahkamah perebutan anak, ingat murah??
Kes stress hingga hilang kerja.
Masalah kena jual rumah cepat untuk nak mencairkan aset, last last jual murah murah bawah nilai semasa.
So, korang yang nak masuk 40, ataupon lambat lagi,
Kalau ianya ada manfaat, minta tolong share je.
Bukan minta lebih lebih pon, untuk dipanjangkan ilmu saja.
Makin ramai orang dapat ilmu..
Kau dapat pahala, saya pon dapat..