Senyum Adalah Antara Skill Rahsia Kejayaan Syarikat
SENYUM
Seseorang tanya saya, di antara Skills dan Experience, mana lebih penting. Daripada persepektif saya sebagai seorang majikan yang mengusahakan perniagaan saya sendiri, kedua-duanya bukanlah kepentingan utama bagi saya.
Oleh kerana itu, saya akan kongsikan apa yang saya fikir paling penting mengikut perspektif dan pengalaman saya.
Perkara yang paling penting bagi seseorang yang baru di alam pekerjaan adalah ‘duty of care’ atau ‘bertanggungjawab untuk mengambil kisah’.
Semasa saya mula bekerja dulu, pekerjaan pertama saya adalah ‘Sales Engineer’ selama setahun dan kemudiannya ‘Consulting Engineer’ selama 9 tahun. Dalam kedua-dua alam pekerjaan, saya tidak mempunyai Skills atau Experience yang berkaitan. Apa yang saya ada hanyalah ‘duty of care’.
‘Duty of care’ ini adalah manifestasi kepada komitmen saya untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak syarikat kepada saya dalam konteks saya sebagai sales engineer atau pun consulting engineer.
Semasa menjalankan ‘duty of care’ ini, saya perlu menjaga beberapa aspek yang berkaitan dengan syarikat. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Menjaga nama baik syarikat apabila berhubung dengan pihak luar terutamanya pelanggan syarikat.
2. Menjaga ketrampilan saya sebagai seorang jurutera syarikat yang boleh menyelesaikan masalah.
3. Sentiasa ‘in-character’ dengan tugasan yang diberikan walaupun diluar waktu pejabat atau dihujung minggu.
4. Menghormati pelanggan, pekerja dan terutamanya bos syarikat.
5. Amanah dalam mewakili syarikat dalam menjalankan urusniaga.
Kesemua aspek di atas adalah dikenali juga sebagai akhlak atau ‘ATTITUDE’ seseorang pekerja dalam sesebuah syarikat. ‘SKILLS’ boleh diajar dan ‘EXPERIENCE’ pula akan wujud melalui putaran masa.
Bagi majikan seperti saya, dalam pencarian pekerja, ‘ATTITUDE’ adalah keutamaan!