Rahsia Posisi Tidur Kucing Anda
Kucing merupakan haiwan yang sering menghabiskan waktunya dengan tidur. Seekor kucing akan tidur selama 13-14 jam sehari untuk menyimpan tenaga. Pasti anda pernah lihat kucing anda tidur dengan posisi yang melucukan kan? Sebenarnya posisi tidur kucing dapat mendedahkan personaliti dan perasaan kucing tersebut. Jom kita lihat beberapa posisi tidur kucing serta maksudnya.
1. Curled-up
Kucing yang tidur dalam posisi curled up bermaksud mereka ingin mengawal suhu badan mereka di samping melindungi kepada beberapa organ penting di dalam tubuh mereka. Posisi ini juga sering digunakan oleh haiwan liar lain seperti musang.
2. A Cat in a Box
Posisi “a cat in a box” bermaksud kucing lebih selesa tidur di dalam ruang yang kecil seperti kotak, almari, dan sebagainya. Kebiasaannyaa hal ini terjadi apabila kucing rasa tidak selamat dengan keadaan sekeliling. Kucing akan mencari tempat yang selesa dan selamat untuk tidur. Kotak yang kukuh akan buatkan mereka rasa terselamat dari ancaman luar. Anda boleh bantu kucing anda dengan menyediakan sebuah kotak khas untuk kucing anda dilengkapi dengan bantal yang lembut untuk menambahkan lagi keselesaan kucing anda.
3. Belly up Position
“Belly up Positon” adalah posisi yang agak melucukan bagi seekor kucing. Posisi ini adalah apabila si kucing tidur dengan perutnya menghadap ke atas. Ini adalah satu petanda yang baik kerana kucing anda rasa selesa dan selamat berada di rumah anda. Anda perlu rasa gembira kerana pada saat ini kucing anda telah mempercayai anda sebagai temannya.
4. The Loaf Position
“The Loaf Position” adalah posisi di mana kucing anda tidur tetapi keadaanya seperti roti. Posisi ini bermaksud kucing anda tidak ingin tidur lama dan hanya sekadar berehat untuk aktiviti seterusnya.
5. Paw Above the Face Position
“Paw Above the Face Position” adalah posisi yang paling comel ketika kucing tidur. Kucing akan menggunakan kaki hadapan untuk menutup mukanya. Kalau kucing anda tidur dengan posisi ini, ia bermaksud kucing anda tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Posisi ini terjadi apabila kucing anda tidur dengan nyenyak. Posisi ini juga terjadi pada waktu siang apabila keadaan terlalu cerah menyebabkan mereka rasa tidak selesa lalu mereka gunakan kaki hadapan mereka untuk tutup mata mereka.