Pernahkah Anda Mencuba Kopi Luwak, Kopi Termahal di Dunia?


Kopi Luwak, adalah kopi termahal di dunia dan bukan starbucks. Luwak ataupun musang yang hidup dalam hutan sekitar Asia Tenggara termasuk di kepulauan Indonesia. Luwak merupakan haiwan yang hanya makan daun dan biji kopi, dan luwak hanya makan kopi yang berkualiti serta dapat membezakan mana biji kopi yang segar, betul betul masak dan terbaik dalam ratusan kopi di dahan pokok. Harga kopi luwak yang telah diproses Dijual RM500-RM700 untuk 100gram atau ada juga di jual sekitar USD50 satu gelas, lebih mahal dari kopi starbucks. Dikatakan juga sangat tidak berbaloi untuk dibeli..

Apakah hukum memakan kopi luwak ini? Ini pandangan Mufti Wilayah:

Setelah melihat dan menekuni pandangan ulama tentang hukum kopi luwak, kami lebih cenderung berpandangan kopi tersebut pada asalnya dikira sebagai kategori “mutannajis” (terkena najis) tetapi selepas dibasuh dan diproses maka hilanglah kenajisannya. Justeru, hukumnya adalah HARUS.

Begitu juga keputusan kebanyakan para ulama Indonesia yang mengharuskannya dan mereka lebih mengetahui dan maklum hal yang sebenarnya dalam isu ini. Sehubungan itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam pengambilan apa jua makanan dan juga minuman agar ia benar-benar bertepatan dengan prinsip halalan tayyiban agar segala daging yang tumbuh pada tubuh badan kita berpunca daripada sumber yang baik seterusnya menjauhkan kita neraka Allah SWT. Oleh itu, tanyalah kepada yang mengetahui agar kita tidak terjerumus ke lembah syubhah.

Ini juga pandangan Ustaz Azhar Idrus:

Berikut adalah proses kopi luwak:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat