Anda Sedang Menderita dan Kecewa? Belajarlah Mencintai Dan Menyayangi Diri Sendiri Untuk Hidup Lebih Bahagia
Kadangkala adalah lebih mudah untuk mencintai dan menyayangi orang lain berbanding diri sendiri. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, namun kita gagal dalam mencintai diri sendiri.
Kita memang perlu buat baik dengan orang lain, namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati. Hampir semua orang memahami apa yang dimaksudkan untuk mencintai orang lain dan dapat mengenali perasaan yang timbul dalam keinginan yang kuat, kekaguman, dan daya tarikan emosi kepada orang lain.
Pada masa ini, kita telah banyak belajar bagaimana caranya mencintai orang lain dengan baik. Bagaimana dengan keupayaan kita untuk mengasihi diri kita sendiri? Kita tidak perlu memberi tumpuan kepada masalah orang lain.
Kita juga tidak perlu sibuk dengan membandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain, supaya kita mempunyai lebih banyak masa untuk menjaga diri kita dengan lebih baik. Akhirnya apabila anda merasa selesa dengan diri anda, orang-orang di sekeliling kita merasakan perkara yang sama.
Mereka akan selesa berada dekat dengan kita, kerana kita mengeluarkan tenaga positif dari dalam. Banyak perkara yang boleh membuat kita berasa tidak berpuas hati dengan keadaan semasa kita. Sebagai contoh, perut yang buncit, kelihatan lebih tua, kerjaya yang tersalah, tidak ada wang, dan lain-lain yang membuat hidup kita seolah-olah dalam kegagalan.
Namun mempunyai hubungan yang baik dengan diri sendiri adalah sama pentingnya dengan mewujudkan hubungan dengan orang lain. Mungkin lebih penting lagi. Jadi, belajar lah mencintai diri sendiri.
Adakah anda bersedia untuk mencintai diri sendiri? Anda boleh cuba ikuti lima langkah mudah ini supaya anda lebih mencintai diri sendiri.
- Hilangkan keyakinan negatif anda tentang diri sendiri.
- Memenuhi keperluan hidup anda dengan sebaik mungkin.
- Mulakan hari anda dengan menyayangi diri anda sendiri.
- Jangan menuntut kesempurnaan pada diri sendiri. Menerima diri sendiri.
- Bergaul dengan orang yang positif.
- Akhiri semua hubungan yang boleh merosakkan diri anda atau mendatangkan keburukan.
- Bersyukurlah. Berhenti berusaha menjadi orang lain.
- Jangan pernah merendahkan diri sendiri.
- Bersabar dan konsisten dalam usaha menyayangi diri sendiri.
- Jangan menganggap akan terjadi hal-hal yang paling buruk.
Sekiranya anda sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki dan menerima diri anda sebaik mungkin, nescaya anda akan bahagia. Teruskan berusaha untuk mencintai diri kita sendiri.
Anda boleh melakukan sebarang aktiviti yang menunjukkan bahawa anda menyayangi diri anda sendiri. Sesungguhnya orang yang menyayangi diri sendiri tidak akan mudah terlibat dalam sesuatu aktiviti yang boleh merosakkan nama baik mahupun diri anda sendiri.
Teruskan berusaha untuk mencari potensi sebenar diri anda sendiri dan menjadai seorang insan yang mampu memberikan senyuman kepada orang sekeliling. Jika anda gagal, jangan terus rebah tersungkur, malah bangun lah untuk meneruskan pencarian anda. Nescaya kebahagian sentiasa menanti dihadapan anda semua.
Percayalah jika hari ini kita gagal, tidak bermakna kita seorang yang lemah. Namun ia satu proses untuk menjadikan kita lebih kuat pada masa hadapan.
Akan tiba saatnya dimana kita akan merasai kebahagian hyang tiada bandingnya dengan izin-Nya. Teruskan lah menjadi seorang insan yang bermanfaat dari ahri ke hari dan hargailah nafas yang diberikan dan gunakan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian kita.